• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penutupan Jalan Dan Laluan Alternatif Sempena Upacara Pembukaan SUKMA Di Stadium Sarawak

Oleh
Farisha
15 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Penutupan beberapa laluan akan bermula 17 Ogos ini

Penutupan Jalan Dan Laluan Alternatif Sempena Upacara Pembukaan SUKMA Di Stadium Sarawak. Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kuching telah mengumumkan rancangan pengurusan lalu lintas bagi upacara pembukaan SUKMA XXI Sarawak 2024 yang akan bermula pada pukul 7 malam, 17 Ogos di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Menurut notis yang dikeluarkan, PDRM Daerah Kuching akan melaksanakan penutupan jalan di beberapa laluan bermula pukul 3 petang untuk memudahkan kelancaran trafik:

Penutupan beberapa laluan bagi pembukaan SUKMA XXI

  1. Bulatan SESCO
  2. Bulatan Kesuma Resort
  3. Jalan masuk ke tempat letak kereta di hadapan Stadium Sarawak
  4. Jalan lencongan ke tempat letak kereta di belakang Stadium Sarawak
  5. Persimpangan dari gelanggang skuasy ke Stadium Sarawak
  6. Jalan masuk ke Pintu ‘D’ Stadium Sarawak
  7. Jalan masuk ke Pintu ‘A’ Stadium Sarawak
  8. Penutupan sebelum simpang Stadium Village
Penutupan Jalan Dan Laluan Alternatif Sempena Upacara Pembukaan SUKMA Di Stadium Sarawak
Penutupan Jalan Dan Laluan Alternatif Sempena Upacara Pembukaan SUKMA Di Stadium Sarawak

Menurut sumber, pengunjung yang hadir ke acara tersebut dinasihatkan untuk menggunakan laluan berikut untuk ke tempat letak kereta awam yang telah ditetapkan:

  1. Dari Bulatan SESCO, disarankan untuk pusing balik di Bulatan Casuarina dan terus melalui Jalan Casuarina ke Jalan Lingkaran Stadium.
  2. Kenderaan yang melalui Jalan Diplomatik boleh terus ke tempat letak kereta di belakang Stadium Sarawak.

Untuk keluar dari kawasan stadium, laluan berikut disarankan:

  1. Kenderaan dari tempat letak kereta Stadium Sarawak hendaklah keluar menggunakan Jalan Diplomatik menuju ke Jalan Demak.
  2. Kenderaan dari Jalan Lingkaran Stadium hendaklah keluar melalui Jalan Lingkaran Stadium ke arah Jalan Casuarina.

PDRM Daerah Kuching juga meminta orang ramai untuk tidak meletak kenderaan di bahu jalan dan merancang perjalanan awal dengan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Teaser Pembukaan SUKMA Sarawak 2024 Yang Memukau Curi Tumpuan Netizen
Sarawak Raih Pingat Emas Pertama Dalam Acara Wushu Di SUKMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sarawak Mahu Cipta Semula 'Kepala Kuda' Ikonik Di Pantai Tusan Miri Kerajaan Sarawak Mahu Cipta Semula ‘Kepala Kuda’ Ikonik Di Pantai Tusan Miri
Next Article Pertikai Diberi Diskaun RM7, Pemilik Seafood Mukah Luah Kesal Sikap YB Kontijen Perak Pertikai Diberi Diskaun RM7, Pemilik Seafood Mukah Luah Kesal Sikap YB Kontijen Perak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?