• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penutupan Sebahagian Lorong Laju di Jalan Tun Jugah Selama 24 Jam Bermula Malam Ini

Oleh
Farisha
21 Mei 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Lorong berdekatan Cityone Megamall ditutup sementara untuk latihan kawalan trafik bermula 10 malam ini

Penutupan Sebahagian Lorong Laju di Jalan Tun Jugah Selama 24 Jam Bermula Malam Ini. Para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengambil maklum bahawa sebahagian lorong laju di Jalan Tun Jugah, berdekatan dengan CityOne Megamall, akan ditutup sementara selama 24 jam bermula jam 10 malam ini (21 Mei) hingga 10 malam esok (22 Mei).

Penutupan ini adalah sebahagian daripada latihan kawalan trafik yang dianjurkan oleh Sarawak Metro Sdn Bhd bagi tujuan persediaan menghadapi fasa pembinaan akan datang.

Penutupan Sebahagian Lorong Laju di Jalan Tun Jugah Selama 24 Jam Bermula Malam Ini
Penutupan Sebahagian Lorong Laju di Jalan Tun Jugah Selama 24 Jam Bermula Malam Ini. Sumber foto: Facebook Sarawak Metro

Tujuan Latihan Kawalan Trafik

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Sarawak Metro, latihan ini merupakan satu simulasi (mock-up) untuk memastikan pengurusan trafik dapat dilaksanakan dengan lancar apabila projek pembinaan sebenar bermula di kawasan tersebut.

Latihan ini akan memberi gambaran awal terhadap kesesuaian pengalihan trafik dan keselamatan pengguna jalan serta petugas tapak projek.

Orang awam juga akan dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap jadual atau pelaksanaan latihan ini. Justeru itu, pengguna jalan raya digalakkan untuk merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kelewatan atau kesesakan.

Maklumat dan Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi pihak berkenaan menerusi:

📧 [email protected]
📧 [email protected]

Sama-sama kita berkerjasama demi kelancaran projek dan keselamatan pengguna jalan raya di masa akan datang.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan pembangunan di Sarawak:

Zoo Persendirian Pertama Sarawak Bakal Dibuka Di Bau
Sarawak Bakal Bina Pusat Sukan Berprestasi Tinggi Setaraf Bukit Jalil
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Petros Diiktiraf Sebagai Pemain Utama Gas Sarawak Mulai 2025, Dengan Kerjasama Petronas Petros Diiktiraf Sebagai Pemain Utama Gas Sarawak, Dengan Kerjasama Petronas
Next Article Ahli DUN Daro Gesa Bina Kolej Khas Untuk Pelajar Form 6 Luar Bandar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?