• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Borneo Bersatu, Penyokong Sabah Sarawak Sukma 2024 Nyanyi Bersama Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’

Oleh
Husna Hazmi
17 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Ini baru dikatakan semangat sukan positif yang semua perlu contohi!

Borneo Bersatu, Penyokong Sabah Sarawak Sukma 2024 Nyanyi Bersama Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’. Pada SUKMA Sarawak XXI 2024 di Stadium Muhibah, Bintulu, tercipta satu detik perpaduan luar biasa antara Sabah dan Sarawak. Pasukan wanita Sabah berjaya meraih pingat emas dalam acara sepak takraw wanita setelah mengalahkan pasukan Sarawak dalam perlawanan terakhir liga sepusingan Sukma 2024 hari ini.

Menariknya, meskipun bertanding di gelanggang yang sama, penyokong kedua-dua pasukan turut berganding bahu menyanyikan lagu terkenal Iban “Berkikis Bulu Betis” bersama-sama.

Borneo Bersatu, Penyokong Sabah Sarawak Sukma 2024 Nyanyi Bersama Lagu 'Bekikis Bulu Betis'
Borneo Bersatu, Penyokong Sabah Sarawak Sukma 2024 Nyanyi Bersama Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’. Gambar tangkap layar dari TikTok SabahInfo

Persaudaraan antara Sabah dan Sarawak tetap teguh

Situasi ini menggambarkan bahawa walaupun terdapat persaingan, semangat persaudaraan antara Sabah dan Sarawak tetap teguh!

Hubungan antara dua negeri di Borneo ini sering disamakan dengan hubungan adik-beradik. Persaingan dalam sukan tidak meretakkan hubungan ini, malah memperkukuh ikatan yang telah lama terjalin.

Borneo Bersatu, Penyokong Sabah Sarawak Sukma 2024 Nyanyi Bersama Lagu 'Bekikis Bulu Betis'
Gambar tangkap layar dari TikTok @gereksss

Lagu “Berkikis Bulu Betis” menjadi simbol keharmonian

Perpaduan yang dipamerkan di SUKMA ini juga mencerminkan budaya Borneo yang menitikberatkan nilai kekeluargaan. Lagu “Berkikis Bulu Betis” menjadi simbol keharmonian dan kebersamaan melampaui keputusan perlawanan.

Secara keseluruhannya, kemenangan pasukan Sabah di SUKMA bukan hanya satu kejayaan sukan, tetapi juga lambang perpaduan Borneo yang kukuh, mengukuhkan lagi hubungan akrab yang telah sekian lama terjalin.

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

Pembukaan Sukma 2024 Di Stadium Sarawak Malam Ini, MetMalaysia Ramal Cuaca Baik Di Kuching
Tiada Lagi Penggunaan Plastik, Rakyat Sabah Dilihat Bawa Bakul Tradisional Ke Pasar Raya

SUMBER :Sabah Info
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pembukaan Sukma 2024 Di Stadium Sarawak Malam Ini, MetMalaysia Ramal Cuaca Baik Di Kuching
Next Article Bahaya Guna Baby Walker Untuk Perkembangan Bayi, Ini Nasihat Pakar Bahaya Guna Baby Walker Untuk Perkembangan Bayi, Ini Nasihat Pakar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?