Sungguh santai, sangat sesuai untuk sekeluarga pergi bercuti
Suasana Santai, Nikmati Percutian Menarik Capernaum Garden Di Kota Belud Sabah. Anda ingin berkunjung ke Sabah? Jadikan Kota Belud sebagai salah satu destinasi pelancongan anda. Tidak dapat dinafikan bahawa Kota Belud juga merupakan satu tempat yang menarik dan mempunyai pemandangan yang indah!
Sambil mandi di kolam, anda juga dapat menikmati alam sekitar semula jadi di sekeliling. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan di Capernaum Garden, antaranya aktiviti memanggang, berkhemah dan banyak lagi.

Capernaum Garden tarikan menarik di Kota Belud
Bagi anda yang minat dengan keindahan alam semula jadi dan juga gemar untuk mengambil gambar untuk feeds Instagram anda, Capernaum Garden juga mempunyai keindahan tropikal yang sangat indah.
Yang uniknya, mereka mempunyai anak sungai dan mini air terjun yang bentuknya seperti kolam. Kedalaman kolam tersebut sesuai untuk semua peringkat umur. Mereka turut menyediakan kemudahan untuk anda berbeku di tempat yang luas!

Wahh, ada aktiviti menunggang kuda
Untuk pengetahuan anda bahawa di tempat ini, mereka hanya membenarkan 50 orang dalam satu masa. Jadi, kena pergi awal tau! Atau anda boleh membuat tempahan dengan hubungi ke talian mereka, 018-8748845 (Whatsapp).
Suasana di Capernaum Garden juga santai dan sesuai untuk dijadikan tempat riadah. Selain itu, anda juga berpeluang untuk menunggang kuda mengelilingi kawasan tersebut. Wahh seronoknya!

Maklumat penting
Lokasi: Jln Taginambur Kamburaon, 89150 Kota Belud, Sabah
No telefon: 018-8748845 (Whatsapp)
Facebook: FB Capernaum Garden