• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pergerakan Rentas Negeri Dijangka Akan Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

Oleh
Husna Hazmi
7 Oktober 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Sekatan rentas negeri dijangka akan berakhir dalam beberapa hari lagi.

Pergerakan Rentas Negeri Dijangka Akan Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi. Dilaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bahawa dalam tempoh beberapa hari lagi, kerajaan Malaysia akan membenarkan pergerakan rentas negeri.

Pergerakan Rentas Negeri Dijangka Akan Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi
Pergerakan Rentas Negeri Dijangka Akan Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

Orang ramai yang ingin merentas negeri mengambil langkah berjaga-jaga

Oleh itu, beliau telah mengingatkan orang ramai yang ingin merentas negeri agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) asas.

Beliau turut menyarankan mereka menjalani ujian saringan COVID-19 secara kendiri menggunakan air liur dengan kerap, bagi menjaga keselamatan individu tersayang, khususnya jika mahu pulang ke kampung halaman.

“Dalam tempoh beberapa hari lagi, sekatan rentas negeri akan berakhir.

“Adalah penting untuk melaksanakan semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal, termasuk bagi yang sudah divaksin.

“Bagi menjaga keselamatan individu tersayang dan keluarga anda, tolong lakukan ujian kendiri RTK-Ag menggunakan air liur secara berkala,” kata beliau melalui Twitter, hari ini.

Pergerakan Rentas Negeri Dijangka Akan Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

Dinasihat menjalani ujian kendiri COVID-19

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah bertemu keluarga di luar lokaliti, dinasihatkan menjalani ujian kendiri COVID-19 apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa di Malaysia ini mencapai 90 peratus. Kadar populasi dewasa yang lengkap vaksin di Malaysia sudah mencecah 88.88 peratus setakat malam tadi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sertai TEGAS Tech Immersion Programme, Latihan Teknologi 6 Bulan Khas Untuk Graduan
Next Article Minat Siri Squid Game? Anda Boleh Beli Press On Nails Dari Salun Kuku Ini! Minat Siri Squid Game? Anda Boleh Beli Press On Nails Dari Salun Kuku Ini!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?