• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pergi Bandar Baru Semariang Dari Gita Tanpa Sebab, Pasangan Ini Didenda RM 1K

Oleh
Ismail NA
28 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Perjalanan Tersebut Didakwa Melebihi Radius 10 KM.

Pergi Bandar Baru Semariang Dari Gita Tanpa Sebab, Pasangan Ini Didenda RM 1K. Seperti yang anda semua sedia maklum, semasa musim PKP ini, sebarang perjalanan hendaklah dilakukan dalam lingkungan 10 km sahaja. Jika anda mahu melakukan perjalanan rentas daerah pula, surat kebenaran polis adalah diperlukan.

Namun demikian, pasangan yang tidak bernasib baik ini dikenakan denda sebanyak RM 1,000 atas kesalahan melakukan perjalanan melebihi 10 km tanpa sebab munasabah.

Pasangan suami isteri tersebut dijatuhkan hukuman denda RM 1,000 seorang di Mahkamah Majistret Kuching semalam kerana ingkar PKP. Mereka didakwa telah keluar dari rumah melebihi jarak yang ditetapkan tanpa alasan yang kukuh.

Pergi Bandar Baru Semariang Dari Gita Tanpa Sebab, Pasangan Ini Didenda RM 1K
Pergi Bandar Baru Semariang Dari Gita Tanpa Sebab, Pasangan Ini Didenda RM 1K

Pasangan Tersebut Pilih Bayar Denda RM 1,000

Setelah mendengar hujah dari semua pihak dan pertimbangan dengan kondisi si suami yang mempunyai penyakit kencing manis, pihak mahkamah mengarahkan kedua-duanya membayar denda sebanyak RM 1,000 atau penjara 10 hari.

Hakim Mahkamah Majistret, Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman tersebut kepada lelaki yang berusia 54 tahun bersama isterinya yang berusia 43 tahun. Kedua-duanya mengaku bersalah dan membayar denda tersebut.

Mahkamah Majistret turut menjatuhkan hukuman penjara 7 hari beserta denda RM 1,000 serta penjara 10 hari mandatori kepada 36 pesalah lain yang turut didakwa.

Pergi Bandar Baru Semariang Dari Gita Tanpa Sebab, Pasangan Ini Didenda RM 1K
Individu yang ditangkap dibawa keluar untuk dijatuhkan hukuman di Penjara Puncak Borneo.
Kredit : The Borneo Post

Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka dikenakan hukuman denda RM 1,000 dan penjara 10 hari mandatori setelah mengambil kira faktor usia dan kesihatan mereka yang kebanyakannya telah lanjut.

Di musim PKP ini, anda disarankan untuk tetap berada di rumah dan hanya keluar apabila benar-benar perlu sahaja. Kerjasama anda amat diperlukan untuk memutuskan rantaian pandemik ini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertama Kali Dalam Sejarah, Timbalan Menteri Kesihatan Didakwa Akibat Ingkar PKP
Next Article Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Dedahkan 3 Rakaman UFO Akhirnya Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon Dedahkan 3 Rakaman UFO

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?