• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perhatian Untuk Peniaga! Pendaftaran Tapak Peniaga Bazaar Ramadan Satok Dan Mydin Semariang Kini Dibuka

Oleh
Ismail NA
11 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Yeay tahun ini ada Bazaar Ramadan!

Perhatian Untuk Peniaga! Pendaftaran Tapak Peniaga Bazaar Ramadan Satok Dan Mydin Semariang Kini Dibuka. Setelah setahun kita tidak menikmati bazaar Ramadan, kini waktu paling yang dinanti-nantikan sewaktu bulan Ramadan tiba lagi. Dewan Bandaraya Kuching Utara mengumumkan bahawa bazaar Ramadan tahun ini akan diadakan di dua lokasi iaitu Satok dan pekarangan tempat letak kereta Mydin Mall Semariang.

Isi Isi Penting
  • Yeay tahun ini ada Bazaar Ramadan!
  • Pendaftaran tapak jualan
  • Harga satu tapak jualan bermula RM 150
  • Baca juga:

Para peniaga yang ingin berniaga di dua bazaar Ramadan di Kuching pada tahun ini dikehendaki untuk hadir ke Auditorium DBKU, Bukit Siol Jalan Semariang bagi tujuan pendaftaran penyertaan dan tapak jualan.

Perhatian Untuk Peniaga! Pendaftaran Tapak Peniaga Bazaar Ramadan Satok Dan Mydin Semariang Kini Dibuka
Kredit: FB DBKU

Walau bagaimanapun, bagi mematuhi SOP penjarakan sosial, jumlah bilangan tapak gerai yang disediakan adalah terhad. Tempoh jualan bazaar Ramadan Kuching pada tahun ini adalah bermula 3 April sehingga 2 Mei 2022.

Pendaftaran tapak jualan

Berikut merupakan waktu pendaftaran untuk peniaga bazaar Ramadan DBKU tahun ini:

Tarikh pendaftaran: 26 Mac 2022 (Sabtu)

Bazaar Ramadan Satok – 8.30 pagi hingga 10 pagi
Bazaar Ramadan Mydin Semariang – 10.30 pagi hingga 11.30 pagi

Peniaga yang berhasrat untuk melakukan jualan hendaklah mengemukakan dokumen seperti berikut;

  • Dua (2) keping gambar berukuran passport pemohon dan seorang pembantu
  • Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon dan seorang pembantu
  • Satu (1) salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan pemohon dan seorang pembantu
  • Satu (1) salinan sijil vaksinasi COVID-19 lengkap 2 dos (MySejahtera) pemohon dan seorang pembantu
  • Yuran pembayaran secara TUNAI

Pemohon berserta seorang pembantu juga akan diberikan Kad Pengendali Makanan yang berharga RM 10, sekiranya pendaftaran mereka diluluskan.

Harga satu tapak jualan bermula RM 150

Harga tapak jualan pada tahun ini bermula daripada RM 150 (tapak jualan makanan dan minuman), RM 200 (tapak panggang) di Mydin Semariang Mall, RM 225 (tapak jualan makanan dan minuman), dan RM 250 (tapak panggang) di Satok.

DBKU pada tahun ini juga melarang para penjaja untuk menggunakan bekas styrofoam/polisterene sebagai pembungkus makanan kerana bahan pembungkus makanan ini diketahui umum boleh menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar serta memudaratkan kesihatan orang awam.

Untuk terma dan syarat lanjut penjaja bazaar Ramadan DBKU tahun ini, anda boleh membaca selanjutnya poster hebahan rasmi berikut.

Perhatian Untuk Peniaga! Pendaftaran Tapak Peniaga Bazaar Ramadan Satok Dan Mydin Semariang Kini Dibuka
Perhatian Untuk Peniaga! Pendaftaran Tapak Peniaga Bazaar Ramadan Satok Dan Mydin Semariang Kini Dibuka
Perhatian Untuk Peniaga! Pendaftaran Tapak Peniaga Bazaar Ramadan Satok Dan Mydin Semariang Kini Dibuka
Perhatian Untuk Peniaga! Pendaftaran Tapak Peniaga Bazaar Ramadan Satok Dan Mydin Semariang Kini Dibuka

Harap ada pelbagai jenis gerai yang menarik di Bazaar Ramadan DBKU tahun ini.

Baca juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Tiga Lelaki Dari Miri Dijatuhkan Hukuman Penjara Dan Denda RM10K Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Tiga Lelaki Dari Miri Dijatuhkan Hukuman Penjara Dan Denda RM10K
Next Article Ambil Inisiatif Untuk Berhijrah Ke Johor, Anak Sarawak Ini Kini Memiliki Perniagaan Sendiri Ambil Inisiatif Untuk Berhijrah Ke Johor, Anak Sarawak Ini Kini Memiliki Perniagaan Sendiri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?