• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perhimpunan Solidariti Palestin Kuching Terpaksa Dibatalkan, Netizen Diseru Kerjakan Qunut Nazilah

Oleh
Nazihah AN
24 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Perhimpunan Solidariti Palestin Kuching Terpaksa Dibatalkan, Netizen Diseru Kerjakan Qunut Nazilah

Tiga acara yang terlibat dalam Himpunan Solidariti Palestin Sarawak juga dibatalkan

Perhimpunan Solidariti Palestin Kuching Terpaksa Dibatalkan, Netizen Diseru Kerjakan Qunut Nazilah. Menurut penganjur, Himpunan Solidariti Palestin di Sarawak yang dijadualkan pada hujung minggu lepas telah dibatalkan berikutan arahan dari pihak atasan, atas alasan faktor keselamatan awam.

Keputusan ini telah diterima dengan berat hati oleh pihak penganjur, meskipun mereka telah berusaha sebaik mungkin, termasuk mendapatkan kebenaran dari pemilik premis dan membuat rayuan untuk meneruskan acara berkenaan.

Tiga acara yang terlibat dalam pembatalan ini adalah Himpunan Solidariti Palestin Sarawak, Konvoi Solidariti Palestin Kpg Bintawa dan Ride Santai Kroni Palestin Kpg Sourabaya. Walau bagaimanapun, pihak penganjur menggesa masyarakat untuk mencari cara alternatif dalam menunjukkan sokongan dan kesatuan hati demi Palestin.

Perhimpunan Solidariti Palestin Kuching Terpaksa Dibatalkan, Netizen Diseru Kerjakan Qunut Nazilah
Perhimpunan Solidariti Palestin Kuching Terpaksa Dibatalkan, Netizen Diseru Kerjakan Qunut Nazilah

Solat subuh berjemaah pada 28 Oktober 2023 di Masjid Jamek Kuching

Sebagai tindak balas kepada pembatalan ini, satu himbauan telah dibuat kepada umat Islam di Sarawak untuk menghadiri solat subuh berjemaah pada 28 Oktober 2023 di Masjid Jamek Kuching. Ini adalah sebagai tanda solidariti dan kekuatan umat Islam di Sarawak.

Pihak penganjur juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang persiapan perhimpunan ini, termasuk para asatizah, pegawai dan anggota IPD Kuching, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan JKP Masjid India Bandar Kuching.

Meskipun perhimpunan dibatalkan, masyarakat diingatkan tentang pentingnya terus menyokong perjuangan saudara-saudara di Palestin melalui cara lain, seperti solat Qunut Nazilah di masjid-masjid dan sumbangan kepada Tabung Baitulmal Sarawak.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Terputus Hubungan Jalan, Netizen Gesa Pihak Berwajib Percepat Kerja Pembaikan Jalan Di Buso
Terputus Hubungan Jalan, Netizen Gesa Pihak Berwajib Percepat Kerja Pembaikan Jalan Di Buso
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiga Wanita Makan Rasuah, Tolong Calon Lulus Ujian Memandu
Next Article Juruterbang Amerika Didakwa Cuba Bunuh Satu Pesawat, Sengaja Tutup Enjin Semasa Penerbangan Juruterbang Amerika Didakwa Cuba Bunuh Satu Pesawat, Sengaja Tutup Enjin Semasa Penerbangan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?