• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perkenal Laluan Hijau Timbal Balik, Sempadan Malaysia-Singapura Akan Dibuka Semula

Oleh
Ismail NA
14 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Untuk urusan kerja dan rasmi mulai 10 Ogos 2020.

Perkenal Laluan Hijau Timbal Balik, Sempadan Malaysia-Singapura Akan Dibuka Semula. Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk membuka semula sempadan kedua-dua buah negara dengan pelaksanaan Laluan Hijau Timbal-Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Isi Isi Penting
  • Untuk urusan kerja dan rasmi mulai 10 Ogos 2020.
  • Skim RGL untuk urusan perniagaan dan urusan rasmi
  • Skim PCA untuk pemegang pas imigresen jangka panjang bekerja di luar negara
  • Syarat perjalanan akan diumumkan 10 hari sebelum pembukaan laluan
  • Baca juga artikel lain :

Perjalanan di bawah dua kategori tersebut akan mula dilaksanakan pada 10 Ogos 2020.

Perkenal Laluan Hijau Timbal Balik, Sempadan Malaysia-Singapura Akan Dibuka Semula
Perkenal Laluan Hijau Timbal Balik, Sempadan Malaysia-Singapura Akan Dibuka Semula
Sumber : FB Hishammuddin Hussein

Bagi warganegara Malaysia yang bekerja di negara jiran iaitu Singapura, ini merupakan berita baik buat anda meneruskan urusan rasmi anda di negara tersebut.

Perkara tersebut telah dipersetujui secara bersama oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Menteri Luar Singapura, TYT Vivian Balakrishnan.

Perkenal Laluan Hijau Timbal Balik, Sempadan Malaysia-Singapura Akan Dibuka Semula
Datuk Seri Hishammudin Hussein dan TYT Vivian Balakrishnan

Skim RGL untuk urusan perniagaan dan urusan rasmi

Skim laluan RGL akan membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk urusan perniagaan penting dan urusan rasmi antara kedua-dua buah negara.

Individu yang merentasi negara juga perlu patuh dengan prosedur pencegahan COVID-19 dan langkah kesihatan awam yang diperakui oleh kedua-dua negara termasuklah menjalani ujian saringan PCR swab.

Mereka juga perlu menghantar itinerari perjalanan kepada pihak berkuasa negara yang dituju dan mematuhi itinerari tersebut sepanjang berada di negara itu.

Skim PCA untuk pemegang pas imigresen jangka panjang bekerja di luar negara

Skim PCA pula membenarkan perjalanan rakyat Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka masa panjang untuk urusan perniagaan dan kerja di luar negara.

Namun demikian, mereka harus bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan berturut-turut di Malaysia atau Singapura sebelum boleh kembali untuk cuti pendek ke negara asal.

Individu yang mengikuti skim PCA ini juga perlu patuh dengan prosedur serta langkah pencegahan kesihatan awam.

Syarat perjalanan akan diumumkan 10 hari sebelum pembukaan laluan

Syarat perjalanan, protokol kesihatan, proses permohonan keluar masuk ke Malaysia dan Singapura akan diumumkan 10 hari sebelum pelaksanaan RGL dan PCA.

Dalam pada masa yang sama, Malaysia dan Singapura juga sedang merangka skim yang lain untuk perjalanan rentas sempadan bagi kategori 3 iaitu individu yang bekerja ulang alik serta kategori 4 iaitu pembukaan semula sempadan untuk pelancong dari kedua-dua buah negara ini.

Ia perlu dibuat secara berperingkat bagi menilai protokol kesihatan serta sumber peralatan perubatan yang ada di kedua-dua buah negara bagi melindungi kesihatan rakyat secara bersama.

Sehingga kini, dianggarkan seramai 20,000 rakyat Malaysia dikuarantin di Singapura dan 250,000 individu melakukan perjalanan ulang alik antara kedua-dua buah negara.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article COVID-19: Sarawak Rekod 1 Kes Positif Hari Ini COVID-19: Sarawak Rekod 1 Kes Positif Hari Ini
Next Article Deklarasi Sarawak Berikrar Untuk Tubuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan Dayak Deklarasi Sarawak Berikrar Untuk Tubuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan Dayak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?