Corndog dibeli dipenuhi ulat.
Perkongsian Tular, Pembeli Kecewa Corndog Dibeli Di Pesta Gedong Dipenuhi Ulat. Tular di Facebook seorang pengguna telah berkongsi pengalaman ngerinya apabila makanan yang dibelinya di sebuah pesta di Sarawak dipenuhi ulat sampah!
Dalam perkongsian tersebut, dikatakan bahawa dia telah membeli 2 keping corndog dengan harga RM 10 di pesta Gedong. Apabila salah seorang adiknya mula meragui rasa makanan tersebut, dia mula memeriksa kandungan di dalam corndog itu.

Penuh dengan ulat
Alangkah terkejutnya apabila melihat di dalam corndog itu dihuni bukan satu, malah penuh dengan ulat sampah yang berwarna putih. Dikatakan juga bahawa adiknya lagi seorang telah menghabiskan salah satu corndog tersebut tanpa memeriksa kandungannya.
Adiknya dikatakan telah muntah setelah mendapat tahu apa yang ada dalam corndog tersebut. Perasaan kecewa bercampur baur dengan perasaan jijik menghantui pembeli tersebut apabila melihat ulat yang memenuihi corndog berkenaan.
Netizen turut berasa geli
Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya berasa geli dan turut kecewa dengan peniaga yang telah menjual makanan dipenuhi ulat seperti berikut kepada pelanggan.
Diharap agar perkara ini boleh diambil tindakan yang lebih lanjut lagi kerana makanan yang telah tercemar boleh membahayakan kesihatan malah nyawa pelanggan.
