• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ambil Anak Angkat Istimewa Di Bintulu, Raja Permaisuri Agong Mahu Terus Tanggung Missclyen

Oleh
Farisha
31 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Terdetik untuk mengambil anak angkat di Bintulu, Permaisuri mahu terus tanggung kos perubatan dan pembelajaran Missclyen

Ambil Anak Angkat Istimewa Di Bintulu, Raja Permaisuri Agong Mahu Terus Tanggung Missclyen. Baru-baru ini, Tunku Azizah ditemui dalam wawancara khas bersama editor dan wartawan kanan media-media di Istana Negara, Kuala Lumpur bersama Al-Sultan Abdullah.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menceritakan bagaimana baginda terdetik untuk mengambil anak istimewa, Missclyen sebagai anak angkat.

Ambil Anak Angkat Istimewa Di Bintulu, Raja Permaisuri Agong Mahu Terus Tanggung Missclyen
Ambil Anak Angkat Istimewa Di Bintulu, Raja Permaisuri Agong Mahu Terus Tanggung Missclyen. Sumber foto: Bernama

Untuk makluman, kanak-kanak perempuan bernama Missclyen anak Roland yang berasal dari Bintulu Sarawak ini rupanya menghidap sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis (CGH).

Kanak-kanak istimewa ini dilahirkan berbulu lebat hampir di sebahagian besar muka dan berbulu halus hampir seluruh tubuh turut dilahirkan tanpa lubang hidung.

Raja Permaisuri Agong akan terus tanggung kos perubatan dan pelajaran Missclyen

Menurut sumber, Tunku Azizah bertitah bahawa baginda akan terus membiayai kos pembelajaran dan perubatan Missclyen.

“Sebenarnya saya dan Tuanku berada di dalam masjid, jadi bila keluar Tuanku tidak perasan sebab ramai yang hendak bersalam dengan Tuanku. Masa itu dia datang dekat dengan saya, saya mahu panggil Tuanku tetapi Tuanku sudah jauh di depan,” titahnya menerusi laporan.

“Jadi saya tarik Tuanku ke belakang dan saya dukung budak itu. Saya kata “Tuanku, mari tengok ini” dan Tuanku memang tidak pernah jumpa (keadaan) seperti itu. Tuanku pun terperanjat.

“Budak itu memang baik sangat tetapi bila saya dukung itu, saya rasa sayang dan kasihan pada dia. Sebab itu masa balik, saya kata pada Tuanku, saya nak ambil sebagai anak angkat. Saya nak tanggung pelajaran, perubatan dan jaga dia.

Kali pertama berjumpa semasa Kembara Borneo Dirgahayu Tuanku

Untuk info, kali pertama Tuanku berjumpa dengan anak istimewa ini ketika Tuanku sekeluarga membuat Kembara Borneo Dirgahayu Tuanku.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri tersentuh melihat kanak-kanak tersebut, bahkan menitip pesanan untuk minta ibu bapa tersebut jaga anak dengan baik kerana Missclyen rahmat daripada Allah SWT.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Raja Permaisuri Agong Berkenan Jadikan Anak Sarawak Hidap Sindrom Werewolf Ini Sebagai Anak Angkat
Hidap ‘Sindrom Warewolf’, Agong Dan Permaisuri Santuni Adik Missclyen Di Bintulu Ini Buat Ramai Terharu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Niat Mahu Tembak Diri Sendiri, Lelaki Dari Pakan Ditangkap Miliki Senjata Tanpa Lesen
Next Article Ini Stall Nasi Lemak Berlauk Anda Mesti Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?