• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Permintaan Terlalu Tinggi, Penganjur ‘Beri Bayangkan’ Konsert Coldplay Ditambah Sehari Lagi

Oleh
Aina Musa
24 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Permintaan Terlalu Tinggi, Penganjur 'Beri Bayangkan' Konsert Coldplay Ditambah Sehari Lagi

Ada kemungkinan konsert Coldplay ditambah sehari lagi

Permintaan Terlalu Tinggi, Penganjur ‘Beri Bayangkan’ Konsert Coldplay Ditambah Sehari Lagi. Peminat-peminat setia Coldplay yang gagal mendapatkan tiket konsert kumpulan itu masih lagi boleh meletakkan harapan untuk berpeluang menonton persembahan mereka di ibu negara pada November depan.

Ini kerana penganjur Live Nation Malaysia tidak menolak kemungkinan konsert Coldplay: Music Of The Spheres di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan ditambah sehari lagi susulan permintaan yang diterima masih tinggi.

Permintaan Terlalu Tinggi, Penganjur ‘Beri Bayangkan’ Konsert Coldplay Ditambah Sehari Lagi. Kredit: Awani

Bagaimanapun, Pengarah Urusannya, Para Rajagopal berkata, terlalu banyak aspek perlu diambil kira bagi menunaikan impian ramai itu.

“Segalanya ada kemungkinan. Perbincangan masih berjalan mengenai banyak perkara. Kami tak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya seperti dilaporkan portal Berita Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian susulan terdapat petisyen dalam talian untuk konsert hari kedua ditambah selepas kumpulan terbabit mengumumkan bakal adakan konsert hari kedua di Koahsiung, Taiwan.

Dalam masa sama, Para menyarankan peminat-peminat sentiasa melihat pengumuman terbaharu di saluran-saluran penganjur.

Kata Para, lebih 700,000 berusaha membeli tiket pada 17 Mei lalu yang kemudiannya terjual habis dalam tempoh tiga jam sahaja.

“Sangat berbeza dengan pembelian tiket penerbangan atau tempahan hotel. Tekanan menimpa keseluruhan infrastruktur digital cukup berlainan.

“Secara total, saya rasa kami tiada kawalan terhadap siapa berjaya dapat tiket dan pada jam berapa. Kami buka kepada sesiapa saja untuk masuk dalam sistem, tapi semestinya ada had tiket dijual,” kata beliau lagi.

Baca lagi artikel menarik:

Tiket Concert Coldplay Sold Out, Peminat Bengang Walaupun Dah Beratur Awal
40 Tub Nutella Pecah, Peniaga Datang Berjual Stadium Kuching Sedih Lihat Pihak Penerbangan ‘Handle’ Barang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 40 Tub Nutella Pecah, Peniaga Datang Berjual Stadium Kuching Sedih Pihak Penerbangan 'Handle' Barang 40 Tub Nutella Pecah, Peniaga Datang Berjual Stadium Kuching Sedih Lihat Pihak Penerbangan ‘Handle’ Barang
Next Article Suka Dessert Antara 'Vendor' Yang Memeriahkan Food Republik Di Stadium Kuching Hari Ini Suka Dessert Antara ‘Vendor’ Yang Memeriahkan Food Republik Di Stadium Kuching Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?