Dari buruh kasar ke pegawai arkib
Pernah Cuba Banyak Pekerjaan, Lelaki Di Sarawak Ini Kongsi Kisah Inspirasi Untuk Orang Ramai. Apabila kita mendengar cerita tentang kejayaan, kita sering melupakan kisah perjuangan yang membentuk mereka.
Berikut adalah hantaran oleh seorang lelaki, melalui akaun Facebook miliknya, Muhammad AP. Kisah ini menarik perhatian ramai orang dan menjadi sumber inspirasi tentang bagaimana keazaman yang kuat boleh mengubah kehidupan.
![Pernah Cuba Banyak Pekerjaan, Lelaki Di Sarawak Ini Kongsi Kisah Inspirasi Untuk Orang Ramai](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/09/image-7.jpg)
Kisah lelaki ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat orang ramai
Kongsian tersebut telah menarik perhatian ramai hingga raih sebanyak hampir 3K tanda suka dan lebih dari 3K kongsi di laman Facebook.
Semuanya bermula dari sebuah rumah yang agak usang, tempat di mana beliau dibesarkan setelah ibu dan bapa bercerai. “Kalau kita susah, mesti semua orang menjauh,” katanya, menunjukkan betapa banyak rintangan dan pengasingan yang dia hadapi.
Namun, dia tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk mengubah nasib.
![Pernah Cuba Banyak Pekerjaan, Lelaki Di Sarawak Ini Kongsi Kisah Inspirasi Untuk Orang Ramai](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/09/375317236_4269714843254409_637769223327117997_n.jpg)
Beliau bercerita basikal yang diberikan oleh orang ketika masih di tingkatan 2 menjadi pengangkutan pertamanya di sekitar Kuching.
Selepas tamat persekolahan, Muhammad AP memilih untuk merantau ke Bintulu. Dia bekerja sebagai buruh kasar dan walaupun hidupnya tidak mudah, dia berasa bertuah kerana orang sekeliling baik dengannya.
![Pernah Cuba Banyak Pekerjaan, Lelaki Di Sarawak Ini Kongsi Kisah Inspirasi Untuk Orang Ramai](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/09/image-8.jpg)
Beliau sudah mencuba banyak pekerjaan untuk menyara hidup
Tidak berpuas hati dengan gaji sebagai buruh, beliau mengambil keputusan pulang ke Kuching dan mencari peluang lain. Dia bekerja di salah sebuah kedai di Matang.
Kemudian, setelah menyelesaikan tingkatan 6, beliau memilih untuk bekerja sebagai tukang masak di Taman Air Borneo Semariang dan juga sebagai penghantar untuk Foodpanda.
Dengan jadual yang begitu padat, dia bekerja hampir sepanjang hari, dari pukul 8 pagi hingga 1 pagi.
![Pernah Cuba Banyak Pekerjaan, Lelaki Di Sarawak Ini Kongsi Kisah Inspirasi Untuk Orang Ramai](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/09/image-9-1024x558.jpg)
Beliau begitu cekal menghadapi cabaran hidup
Hasil kerja kerasnya membolehkan beliau mendaftar di universiti pada 2019. Sepanjang pengajian, beliau juga bekerja sambilan di kafe kolej dengan gaji setiap jam RM5. Berkat bantuan Yayasan Sarawak, beliau berjaya mencapai ijazah tanpa bebanan hutang.
Selepas tamat pengajian, Muhammad mendapat pekerjaan di Kelab Golf Sarawak. Walaupun dia sendiri tidak berminat dalam golf, dia merasakan pekerjaan ini adalah peluang yang baik untuk menimba pengalaman dan menjimatkan wang.
Beliau juga memutuskan untuk memegang dua lagi kerja sambilan. Salah satunya adalah menjadi staf jualan makanan di pasar malam.
![Pernah Cuba Banyak Pekerjaan, Lelaki Di Sarawak Ini Kongsi Kisah Inspirasi Untuk Orang Ramai](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/09/image-10.jpg)
Menyimpan azam untuk membeli kereta
Dengan pendapatan tambahan ini, dia berharap untuk membeli kereta, seperti Axia atau Bezza, sebagai langkah pertama ke arah menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk ibunya.
“Boleh saya bawa ibu saya jalan-jalan nanti,” kata beliau, menunjukkan motivasi terbesarnya adalah untuk memperbaiki kehidupan keluarganya seiring dengan kemajuan dirinya.
![Pernah Cuba Banyak Pekerjaan, Lelaki Di Sarawak Ini Kongsi Kisah Inspirasi Untuk Orang Ramai](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/09/347388993_979973603016239_1373265428979615764_n.jpg)
Satu langkah ke arah perubahan yang lebih baik dan lebih stabil.
Akhirnya, pada 1 September 2023, beliau diterima sebagai pegawai arkib. Ini adalah satu pengalamn baru dalam perjalanan hidupnya, satu langkah ke arah perubahan yang lebih baik dan lebih stabil.
“Setiap kesusahan dan kepayahan hidup, insya-Allah pasti akan disusuli dengan kesenangan dan kemuliaan,” kata beliau di akhir perkongsian ceritanya. Kisah ini menunjukkan betapa pentingnya mempunyai kemahuan yang kuat untuk mengubah nasib dan mencapai impian di tengah-tengah halangan.
![Pernah Cuba Banyak Pekerjaan, Lelaki Di Sarawak Ini Kongsi Kisah Inspirasi Untuk Orang Ramai](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/09/375334536_4269716763254217_2810095528521176049_n-1024x768.jpg)
Dengan keazaman yang kuat dan usaha yang gigih, beliau membuktikan bahawa semua perkara adalah mungkin. Kisah ini menjadi sumber inspirasi kepada kita semua untuk tidak berputus asa.