• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pernah Daftar mySalam? Anda Boleh Tuntut Sehingga RM700 Walaupun Kuarantin Di Rumah

Oleh
Ismail NA
11 November 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Manfaatkan kelayakan mySalam anda hari ini.

Pernah Daftar mySalam? Anda Boleh Tuntut Sehingga RM700 Walaupun Kuarantin Di Rumah. Adakah anda pernah diarahkan menjalani perintah kuarantin di rumah sebelum ini? Atau pun anda kini sedang menjalani perintah kuarantin di hospital ataupun di rumah?

Isi Isi Penting
  • Manfaatkan kelayakan mySalam anda hari ini.
  • Chup! Semak kelayakan anda terlebih dahulu di portal mySalam
  • Boleh hantar permohonan tuntutan guna 2 cara ini
  • Tak pernah dengar tentang mySalam? Baca artikel ini :

Jika anda pernah mendaftar skim perlindungan masyarakat mySalam, anda mungkin boleh memanfaatkan tuntutan yang sedia ada untuk menampung jumlah kos atau kerugian anda sepanjang tempoh kuarantin. Tambahan pula, sejak musim PKP ini, banyak aktiviti serta rutin harian terganggu terutamanya untuk mereka yang mencari pendapatan secara harian.

Jom baca panduan ini.

Pernah Daftar mySalam? Anda Boleh Tuntut Sehingga RM700 Walaupun Kuarantin Di Rumah
Pernah Daftar mySalam? Anda Boleh Tuntut Sehingga RM700 Walaupun Kuarantin Di Rumah

Chup! Semak kelayakan anda terlebih dahulu di portal mySalam

Sebelum membuat tuntutan ini, anda perlulah menyemak status kelayakan anda terlebih dahulu. Caranya adalah seperti berikut;

  1. Daftar masuk ke laman sesawang www.mysalam.com.my
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik SEMAK
  3. Status akan keluar di bawahnya sama ada anda LAYAK atau TIDAK LAYAK menerima Skim Perlindungan Masyarakat mySalam.

Sekiranya anda layak, maka anda boleh membuat tuntutan ini jika anda dimasukkan ke hospital atau menjalani kuarantin di rumah. Jumlah tuntutan yang layak anda perolehi adalah sekitar RM 50 sehari. Anda juga boleh memilih sama ada untuk menuntut sama ada satu hari (paling minimum) ataupun sehingga 14 hari maksimum mengikut hari anda menjalani perintah kuarantin.

Boleh hantar permohonan tuntutan guna 2 cara ini

Terdapat 2 cara yang boleh anda ikuti untuk membuat tuntutan menerusi mySalam ini.

CARA 1 : HANTAR TUNTUTAN SECARA ATAS TALIAN

  1. Daftar masuk ke portal mySalam. Sekiranya anda belum pernah mendaftar, klik Log Masuk Untuk Kali Pertama di ruangan bawah dan ikuti langkah selanjutnya.
  2. Anda akan diminta untuk membuat pengesahan nombor telefon. Sekiranya nombor telefon anda sudah tidak dapat digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk membantu anda menetapkan semula (reset) kata laluan.
  3. Setelah anda berjaya menetapkan semula kata laluan, log masuk semula menggunakan kata laluan baharu dan kemaskini profile anda.
  4. Kemudian, klik ke Tuntutan > Penyerahan Tuntutan
  5. Pilih Tuntutan Hospitalisasi dan masukkan tarikh anda mula menjalani kuarantin dan tarikh tamat. Jangan lupa untuk pilih ‘Non Panel Untuk (Nama Hospital)
  6. Muat naik salinan dokumen penting seperti kad pengenalan serta Borang Annex 14 & 17.
  7. Hantar dan tunggu keputusan anda.

Berikut merupakan contoh borang annex 14 (borang arahan menjalani kuarantin) serta borang annex 17 (pelepasan daripada menjalani perintah kuarantin) yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

Pernah Daftar mySalam? Anda Boleh Tuntut Sehingga RM700 Walaupun Kuarantin Di Rumah
Contoh Borang Annex 14.
Pernah Daftar mySalam? Anda Boleh Tuntut Sehingga RM700 Walaupun Kuarantin Di Rumah
Contoh Borang Annex 17.

CARA 2 : HANTAR SECARA MANUAL KE KIOSK mySalam

Anda juga boleh menghantar permohonan tuntutan anda ke kiosk mySalam yang berdekatan. Anda hanya perlu membawa salinan kad pengenalan dan borang annex 14 & 17 dan hantar ke kiosk mySalam tersebut untuk mereka masukkan ke dalam pangkalan data permohonan tuntutan.

Itu sahaja.

Menurut laman sesawang mySalam, setiap permohonan tuntutan yang anda kemukakan akan disemak oleh operator Takaful sebelum ia diluluskan. Keputusan permohonan anda boleh diketahui melalui semakan di portal tersebut atau pun menerusi SMS yang akan dihantar kepada anda.

Sekiranya diluluskan, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun akaun bank anda.

Apa-apa pun, semoga kita semua dilindungi daripada sebarang wabak dan penyakit agar kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Amin.

Tak pernah dengar tentang mySalam? Baca artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Elakkan Memberi Makanan Masin Terlalu Banyak Kepada Haiwan Kesayangan Anda, Inilah Sebabnya Elakkan Memberi Makanan Masin Terlalu Banyak Kepada Haiwan Kesayangan Anda, Inilah Sebabnya
Next Article Tadika Dan Taska Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Hijau, Zon Merah Perlu Buat Permohonan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?