• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pernah Jahit Luka Sendiri Lepas Ditembak, Kenali Penasihat Kesihatan Awam Terbaru Perdana Menteri

Oleh
Ismail NA
1 April 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Bukan Calang-Calang Orang.

Pernah Jahit Luka Sendiri Lepas Ditembak, Kenali Penasihat Kesihatan Awam Terbaru Perdana Menteri. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bersetuju melantik seorang doktor wanita sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri berkaitan Kesihatan Awam. Individu yang dimaksudkan ialah Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood.

Pernah Jahit Luka Sendiri Lepas Ditembak, Kenali Penasihat Kesihatan Awam Terbaru Perdana Menteri
Kredit : BERNAMA

Untuk pengetahuan anda, tugas Penasihat Khas ini ialah menasihati Perdana Menteri berkaitan dasar dan inisiatif yang berkaitan bidang kesihatan. Tan Sri Jemilah Mahmood juga bukan calang-calang orang. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perubatan ginekologi dan sangat aktif dalam aktiviti kemanusiaan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Pengasas MERCY Malaysia, Aktif Misi Kemanusiaan

Beliau bermula sebagai seorang doktor pakar sakit puan dan obstetrik. Misi kemanusiaan beliau pula bermula sebagai sukarelawan kesihatan semasa peperangan di Kosovo, Iran, Iraq, dan Palestin. Kemudian, turut diperluaskan kepada negara yang mengalami bencana alam dan kebuluran seperti Sudan, Afghanistan, Pakistan, Myanmar, Sri Lanka dan Indonesia.

Sebelum dilantik, beliau memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Agung Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC). Sebelum berkhidmat dengan IFRC pula, beliau pernah menjadi Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) New York.

Bukan itu sahaja, jika anda pernah mendengar sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan sebagai Medical Relief Society Malaysia (MERCY), beliau merupakan pengasas pertubuhan tersebut dan sempat menjadi presiden sehingga tahun 2009.

Pernah Jahit Luka Sendiri Lepas Ditembak, Kenali Penasihat Kesihatan Awam Terbaru Perdana Menteri

Namun demikian, tahukah anda bahawa wanita ini pernah menjahit sendiri luka tembakan di pinggulnya ketika serangan di Iraq? Paling tidak masuk akal, beliau dengan tabahnya menyempurnakan pembedahan seorang wanita Iraq yang sarat bersalin?

Kejadian ini berlaku semasa Dr. Jemilah Mahmood bersama pasukan perubatannya dalam perjalanan menghantar bekalan perubatan kepada sebuah hospital kanak-kanak di Iraq pada tahun 2003. Namun demikian, mereka terperangkap dalam kejadian tembak menembak semasa dalam perjalanan. Akibat daripada kejadian tersebut, dua orang rakan doktornya terbunuh manakala dua orang doktor lagi cedera beserta dirinya yang ditembak di bahagian pinggul.

Pernah Jahit Luka Sendiri Lepas Ditembak, Kenali Penasihat Kesihatan Awam Terbaru Perdana Menteri
Kredit : Merdeka Award

Menurut temubual bersama Sydney Morning Herald, Dr. Jemilah menceritakan detik cemasnya pada ketika itu apabila sebenarnya beliau telah dilindungi oleh seorang rakan doktor yang cuba menghalang peluru daripada terkenanya. Namun, malang peluru tersebut tetap menembusi rakannya, sebuah majalah tebal dan pinggulnya. Rakannya pula, Dr. Baba cedera parah.

Tanpa menghiraukan rasa sakit yang ditanggung, beliau segera menjahit luka tembakan tersebut dan membiarkan peluru tersebut terbenam di dalam pinggulnya. Peluru tersebut berada di dalam pinggul beliau selama lebih kurang 5 minggu selepas kejadian.

Beliau kemudian segera merawat Dr. Baba dan sempat menangis memikirkan adakah keputusannya membawa pasukan MERCY ke negara bergolak perang pada ketika itu adalah salah.

Namun demikian, beliau tetap menjalankan tugas apabila membuat pembedahan Caesarean ke atas seorang wanita mengandung yang sarat bersalin sejurus selepas 6 jam kejadian ngeri yang meragut nyawa rakannya.

Pernah Jahit Luka Sendiri Lepas Ditembak, Kenali Penasihat Kesihatan Awam Terbaru Perdana Menteri

Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu dianggap sebagai hero dalam situasi tersebut kerana ia tidak adil bagi rakan-rakannya yang terkorban semasa peperangan.

Dr. Jemilah turut memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara atas jasanya dalam bidang perubatan dan kemanusiaan. Pada tahun 2019, beliau memenangi Anugerah ASEAN Prize atas sumbangan beliau terhadap bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana di rantau ASEAN.

Pernah Jahit Luka Sendiri Lepas Ditembak, Kenali Penasihat Kesihatan Awam Terbaru Perdana Menteri

Dengan segala pengalaman, kepakaran dan kebijaksanaan dalam bidang perubatan, pelantikan beliau sebagai penasihat khas Perdana Menteri diharap mampu membawa perkhidmatan kesihatan Malaysia ke tahap terbaik dunia.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sanggup Redah Hujan Untuk Pelanggan, 'Runner' Ini Digelar Unsung Hero Sanggup Redah Hujan Untuk Pelanggan, ‘Runner’ Ini Digelar Unsung Hero
Next Article COVID19 : 32 Kes Positif COVID19 Di Sarawak, Kes Di Kuching Melebihi 100 Kes Positif Keseluruhan COVID19 : 32 Kes Positif COVID19 Di Sarawak, Kes Di Kuching Melebihi 100 Kes Positif Keseluruhan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?