• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Pernah Terbang Terus Ke Kuching, Syarikat Penerbangan Hong Kong Ini Diambang Bankrap

Oleh
Ismail NA
17 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Syarikat pajakan pesawat Ireland telah memohon kepada mahkamah untuk menamatkan perkhidmatan pesawat tersebut.

Pernah Terbang Terus Ke Kuching, Syarikat Penerbangan Hong Kong Ini Diambang Bankrap. Pesawat Hong Kong Airlines kini berdepan risiko muflis apabila syarikat pajakan pesawat Ireland, Stellar Aircraft Holding 1 Ltd telah memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi untuk menamatkan operasi Hong Kong Airlines.

Untuk makluman anda, syarikat Hong Kong Airlines ini pernah menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan penerbangan terus dua kali seminggu antara Hong Kong dan Kuching. Perkhidmatan yang dimulakan pada 28 Mei 2016 itu dikendalikan oleh pesawat Airbus A320.

Walau bagaimanapun, penerbangan yang dipersetujui selama 3 tahun dalam kontrak ini tidak sampai setahun dan ditamatkan pada 25 Februari 2017 atas sebab jumlah penumpang yang tidak mencukupi.

Pernah Terbang Terus Ke Kuching, Syarikat Penerbangan Hong Kong Ini Diambang Bankrap
Pernah Terbang Terus Ke Kuching, Syarikat Penerbangan Hong Kong Ini Diambang Bankrap

Kemelut kewangan Hong Kong Airlines

Ditubuhkan pada tahun 2006, Hong Kong Airlines merupakan anak syarikat kumpulan HNA, konglomerat China yang mengendalikan perniagaan berkaitan industri penerbangan di China dan Hong Kong. Syarikat penerbangan ini bergelut dengan masalah kewangan sebelum pandemik melanda lagi.

Pada akhir 2019, Hong Kong Airlines memperoleh pinjaman $568 juta melalui Kumpulan HNA. Walau bagaimanapun, dalam tahun yang sama, mereka telah menamatkan penerbangan jarak jauh mereka dengan penerbangan terakhir adalah ke Los Angeles dan Vancouver. Penerbangan ini juga telah memotong sistem hiburan dalam penerbangan pada Disember 2019 untuk menjimatkan kos.

Akibat kemelut politik yang dihadapi oleh Hong Kong serta protes besar-besaran sehingga ke lapangan terbang Hong Kong pada tahun 2019, operasi lapangan terbang Hong Kong juga hampir lumpuh dan kini hanya mencatatkan jumlah penumpang yang turun dengan mendadak akibat pemberhentian operasi susulan daripada protes tersebut.

Pernah Terbang Terus Ke Kuching, Syarikat Penerbangan Hong Kong Ini Diambang Bankrap
Kredit foto: NYTimes

Ibarat jatuh ditimpa tangga, hal ini sekaligus memberi kesan yang semakin buruk untuk syarikat penerbangan serantau seperti Hong Kong Airlines.

Penamatan sebahagian besar operasinya di luar negara menjadikan Hong Kong Airlines sebagai syarikat penerbangan serantau sepenuhnya pada bulan Februari 2020, dan bukannya syarikat penerbangan antarabangsa lagi.

Pada Jun 2021, seramai 700 pekerja yang berpangkalan di Hong Kong dan luar negara telah diberhentikan kerja. Mereka juga turut memberhentikan operasi 12 Airbus dan kebanyakan pesawat A330 nya.

25 daripada 29 pajakan pesawat gagal dibayar, operasi Hong Kong Airlines dipohon untuk tutup

Hong Kong Airlines dilaporkan telah memajak sebanyak 25 daripada 29 buah pesawatnya kepada syarikat pajakan pesawat Ireland tersebut. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas sebab petisyen dibuat oleh Stellar di mahkamah, namun pihak media percaya bahawa alasan terbesar mereka berbuat demikian adalah kerana Hong Kong Airlines gagal membayar pajakan.

Pernah Terbang Terus Ke Kuching, Syarikat Penerbangan Hong Kong Ini Diambang Bankrap

Ini bukanlah kali pertama Hong Kong Airlines berdepan mahkamah berhubung isu pajakan pesawat. Tahun lalu, Alafco Aviation Leasing yang berpangkalan di Kuwait juga memperoleh penghakiman sebanyak $27 juta yang memihak kepada Mahkamah Tinggi Hong Kong berhubung perjanjian pajakan yang dipertikaikan dengan Hong Kong Airlines.

Baca juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gagal Pamer Harga Jualan Kenderaan, Peniaga Kereta Terpakai Di Sabah Dikenakan Kompaun Gagal Pamer Harga Jualan Kenderaan, Peniaga Kereta Terpakai Di Sabah Dikenakan Kompaun
Next Article "Kami Sedang Bermain Di Luar Ketika Kejadian," Kata Anak Kepada Pasangan Terkena Renjatan Elektrik Di Cameron Highland “Kami Sedang Bermain Di Luar Ketika Kejadian,” Kata Anak Kepada Pasangan Terkena Renjatan Elektrik Di Cameron Highland

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?