• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perodua Axia Dirakam Lalu Jalan Off-Road Baram Buat Netizen Kagum

Oleh
ILB - AI
24 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Perodua Axia Dirakam Lalu Jalan Off-Road Baram Buat Netizen Kagum

Tak sangka pula Perodua Axia ni mampu lawan kereta 4×4 lain

Perodua Axia Dirakam Lalu Jalan Off-Road Baram Buat Netizen Kagum. Dengan PRU15 baru-baru ini diadakan pada hujung minggu lalu, ramai yang telah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi – dengan kebanyakan mereka pulang ke kawasan pedalaman yang jalannya agak sukar dilalui dan mungkin memerlukan pemandu berpengalaman.

Bagi warga Sarawak yang pernah ke kawasan Baram, mereka mungkin tahu dengan keadaan off-road ke Baram dan kebiasaannya kereta 4×4 akan digunakan untuk melaluinya. Namun, sebuah kereta telah menarik perhatian wanita ini dan kemudian perhatian netizen!

Perodua Axia Dirakam Lalu Jalan Off-Road Baram Buat Netizen Kagum

“The brother of the king of the road, Perodua Axia!”

Sebuah video dikongsi menerusi Facebook baru-baru ini oleh Sandra Lunai W, menunjukkan sebuah Perodua Axia berjalan bersama kereta 4×4 lain di atas jalan off-road Baram.

Difahamkan, Sandra telah kembali ke kampung halamannya di Baram untuk mengundi dan ternampak sebuah kereta luar biasa di jalan raya semasa dalam perjalanan ke sana.

Kredit: FB Sandra Lunai W

Alangkah terkejunya apabila beliau menyedari bahawa ia merupakan ‘brother of the king of the road’ Perodua Axia yang memandu bersama kereta 4×4 yang lain!

Anda boleh lihat video penuhnya di bawah:

Went back kampung to vote last Saturday. Baram is well known for its off road and most of the people buy 4×4 such as Hilux, Triton, Navara and etc.But this one right here… the brother to the king of the road, Perodua Axia😎Bah. Apa gik, go and buy Axia. Dah la murah, jimat minyak, dapat off road gik ya😚

Posted by Sandra Lunai W on Sunday, November 20, 2022

“Kalah Myvi!” – Netizen

Rata-rata netizen berasa kagum dengan kebolehan pemandu Perodua Axia terbabit yang mampu memandu kereta di atas permukaan jalan yang becak dan tidak rata.

Antara komen menarik adalah seperti berikut:

Kredit: FB Sandra Lunai W
Kredit: FB Sandra Lunai W
Kredit: FB Sandra Lunai W
Kredit: FB Sandra Lunai W

Alamak, kalau fikir balik, kesian juga kereta Axia tu. Semoga Axia terbabit kekal dalam keadaan baik dan jalan Baram bertambah baik untuk memudahkan kereta lain berjalan di atasnya.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Tindakan Sekumpulan Individu Di Kuching Berarak Demi Tolak PAS Masuk Sarawak
Next Article Rakaman Entiti Misteri Beserta Kabus Di Gunung Santubong Cetus Persoalan Oleh Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?