• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Pertama Kali Dalam Sejarah, New York Times Square Dibanjiri Muslim Amerika Untuk Solat Terawih Perdana

Oleh
Ismail NA
4 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Langkah yang berani oleh komuniti Muslim Amerika.

Pertama Kali Dalam Sejarah, New York Times Square Dibanjiri Muslim Amerika Untuk Solat Terawih Perdana. Dataran yang selalunya dibanjiri dengan pelbagai latar belakang manusia dari seluruh dunia serta dipenuhi dengan papan tanda elektronik serta LED melakar sejarah tersendiri semalam. Ini berikutan ribuan penduduk Muslim di Amerika menyertai Solat Terawih Perdana di New York Times Square buat pertama kalinya!

Isi Isi Penting
  • Langkah yang berani oleh komuniti Muslim Amerika.
  • Lebih 1,000 Muslim Amerika berbuka dan terawih bersama
  • Terawih di New York Time Square ini undang kegusaran pengguna media sosial
  • Baca juga artikel lain:

Sempena hari pertama umat Muslim menyambut bulan Ramadan, aktiviti solat terawih perdana di dataran sibuk itu dianjurkan oleh seorang influencer, SQ, melalui Projek ZamZam. Aktiviti bersejarah itu dinamakan sebagai “Tarawih First Time in Times Square”.

Pertama Kali Dalam Sejarah, New York Times Square Dibanjiri Muslim Amerika Untuk Solat Terawih Perdana
Pertama Kali Dalam Sejarah, New York Times Square Dibanjiri Muslim Amerika Untuk Solat Terawih Perdana. Sumber foto: Twitter

Lebih 1,000 Muslim Amerika berbuka dan terawih bersama

Umat Muslim Amerika yang menghadiri aktiviti tersebut juga sempat berbuka puasa bersama-sama di hari pertama puasa pada tahun ini. Mereka seterusnya melanjutkan aktiviti dengan menunaikan solat sunat terawih secara beramai-ramai di dataran tersebut.

Bacaan ayat suci Al-Quran juga dialunkan di New York Time Square berserta sedikit ucapan yang bertujuan menjelaskan kepada orang ramai yang tidak mengetahui tentang Islam bahawa agama ini merupakan sebuah agama yang aman dan damai.

SQ atau nama media sosialnya, @wayoflifesq mempromosikan aktiviti ini menerusi laman media sosial Instagram nya.

View this post on Instagram

A post shared by SQ✨ (@wayoflifesq)

Sebanyak 1,500 pek makanan turut diedarkan kepada masyarakat Muslim yang berbuka puasa di dataran tersebut semalam. Aktiviti tersebut turut disertai oleh umat Islam yang sanggup datang jauh seperti dari Montreal.

Terawih di New York Time Square ini undang kegusaran pengguna media sosial

Walau bagaimanapun, penganjuran aktiviti ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan segelintir pengguna media sosial yang khuatir jikalau kawasan tersebut tidak kondusif untuk mendirikan solat. Bukan itu sahaja, ada juga yang bimbang akan keselamatan golongan Muslim Amerika yang menyertai solat sunat terawih di ruang terbuka ini memandangkan sentimen Islamofobia adalah perkara biasa di negara Uncle Sam itu.

Pertama Kali Dalam Sejarah, New York Times Square Dibanjiri Muslim Amerika Untuk Solat Terawih Perdana
Sumber foto: Twitter
Pertama Kali Dalam Sejarah, New York Times Square Dibanjiri Muslim Amerika Untuk Solat Terawih Perdana
Sumber foto: Twitter

Memetik laporan The New Arab, seorang pengguna di Twitter menyuarakan komen seperti berikut;

“Papan tanda billboard ada di mana-mana, muzik juga kedengaran kuat dan biasa di sana. Nampaknya seperti ada tempat yang lebih baik untuk mengerjakan solat. Mungkin ke masjid tempatan kedengaran lebih baik!”

Namun demikian, penganjur bersama aktiviti tersebut, Ali Camara memberitahu media bahawa aktiviti ini diharap dapat memperbaiki hubungan sesama kepercayaan di Amerika Syarikat.

“Anda bekerja dengan orang-orang ini. Anda menaiki kereta api bersama mereka. Kita sebenarnya adalah satu,”
Ali Camara, penganjur bersama“Tarawih First Time in Times Square”.

Usaha yang baik dianjurkan oleh komuniti Islam di Amerika. Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Baca juga artikel lain:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Next Article Tengah Berbuka Puasa, Wanita Di Miri Ini Terkejut Jumpa Kuku Kaki Dalam Mi Goreng

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?