• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pertama Kali Tewas, Orang Ramai Masih Beri Semangat Kepada Jojo Ghazali

Oleh
Husna Hazmi
8 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Jojo tewas pertarungan menentang petinju lima kali juara WMF Muay Thai

Pertama Kali Tewas, Orang Ramai Masih Beri Semangat Kepada Jojo Ghazali. Buat pertama kalinya tewas dalam siri pertarungan ONE Fight, Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar nyata sukar untuk ‘menembusi’ kekuatan lawan lebih berpengalaman dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam ONE 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand, pada hari ini.

Johan atau dikenali sebagai Jojo memasuki gelanggang kategori flyweight itu dengan membawa semangat juang tinggi dan pada satu ketika berjaya melakukan asakan padu sehinggakan pendakap gigi juara lima kali WMF Muay Thai itu terkeluar di pusingan pertama.

Pertama Kali Tewas, Orang Ramai Masih Beri Semangat Kepada Jojo Ghazali
Pertama Kali Tewas, Orang Ramai Masih Beri Semangat Kepada Jojo Ghazali

Pertarungan sengit

Pada pusingan kedua pula, pertarungan antara kedua-dua petinju ini tampak seimbang dengan sepakan Duy Nhat terkena Johan sehingga hampir terjatuh, namun wakil Malaysia ini terus cuba melakukan asakan biarpun tampak berada dalam kesakitan.

Di awal pusingan ketiga, tumbukan Johan telah mengenai Duy Nhat sehingga terjatuh namun petinju negara berusia 18 tahun itu terus ‘menguji’ lawan sebelum perlawanan dihentikan pengadil Olivier Coste untuk masa kecederaan.

Sumber foto: New Straits Times

Perlawanan berdasarkan ‘unanimous decision’

Johan kemudiannya terus meminta perlawanan diteruskan pada baki 55 saat terakhir yang menyaksikan Duy Nhat terus melakukan asakan sebelum loceng dibunyikan dan perlawanan dimenangi wakil Vietnam itu berdasarkan ‘unanimous decision’.

Pertama Kali Tewas, Orang Ramai Masih Beri Semangat Kepada Jojo Ghazali
Gambar tangkap layar dari FB Renz Nazario

Orang ramai masih lagi memberi semangat padu kepada Jojo

Walau demikian, orang ramai masih lagi memberi semangat padu kepada Jojo agar terus berusaha dan tidak putus asa.

Perlawanan sengit kedua-dua petinju hebat ini memang telah membuat ramai pihak berasa kagum.

Apapun, diharap agar Jojo tampil bangkit semula lebih hebat menewaskan ramai lagi lawannya di masa akan datang!

Jojo sebelum ini pernah menewaskan lawan dengan KO tidak sampai seminit:

Hanya 36 Saat, Johan Ghazali Tumpaskan Lawan Dengan Pukulan K.O.
Bintang Muda Dalam Sukan Muay Thai, Ini Biodata Johan Ghazali

SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tingkat Tiga Kedai Jual Kertas Sembahyang Di Jalan Tun Jugah Musnah Terbakar
Next Article Sarawak United FC Kemas Kini Logo Undang Persoalan Netizen, Dakwa Bakal Terkubur Sarawak United FC Kemas Kini Logo Undang Persoalan Netizen, Dakwa Bakal Terkubur

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?