• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Peruntuk RM150 Juta Naik Taraf Bekalan Elektrik Samarahan

Oleh
Husna Hazmi
23 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Peruntukan RM150 juta bagi menaik taraf infrastruktur tenaga Samarahan

Kerajaan Sarawak Peruntuk RM150 Juta Naik Taraf Bekalan Elektrik Samarahan. Dilaporkan, penduduk di Samarahan bakal menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil apabila kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM150 juta bagi menaik taraf infrastruktur tenaga di kawasan Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau, Simunjan, dan Gedong.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, berkata projek ini dijangka bermula suku kedua tahun ini, dengan penggunaan teknologi Medium Voltage Covered Conductor (MVCC) bagi menggantikan talian pengagihan terbuka sedia ada.

Kerajaan Sarawak Peruntuk RM150 Juta Naik Taraf Bekalan Elektrik Samarahan
Kerajaan Sarawak Peruntuk RM150 Juta Naik Taraf Bekalan Elektrik Samarahan. Sumber gambar: Pakcik Engineer

“Inisiatif ini akan meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik, termasuk di Kampung Seruyuk,” katanya ketika menghadiri program Ziarah Ramadan di Sebuyau, seperti dilaporkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).

Beliau turut menyeru penduduk setempat untuk memberikan kerjasama kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi kerja-kerja pembersihan pokok dan tumbuhan liar yang perlu dilakukan secara berkala.

Kerajaan Sarawak Peruntuk RM150 Juta Naik Taraf Bekalan Elektrik Samarahan
Sumber gambar: Sarawak Energy

“SEB telah menjalankan operasi pembersihan berskala besar di sepanjang 68 kilometer talian atas 33kV utama dari Pencawang Asajaya ke Sebuyau bagi menangani isu gangguan bekalan elektrik,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri turut meluluskan RM425 juta untuk menaik taraf infrastruktur elektrik di Lundu, Betong, Lubok Antu, Sungai Asap, dan Lawas.

Projek-projek ini akan dilaksanakan oleh SEB dan anak syarikatnya, Sesco.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Jalan Di Bulatan Rembus, Kota Samarahan Ditutup Sementara Mulai 23 Mac Hingga 15 April
Banjir Di Sibu, Kenderaan Ini Selamba Redah Jalan Ditengelami Air
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Banjir Di Sibu, Kenderaan Ini Selamba Redah Jalan Ditengelami Air
Next Article Harga Tiket Mahal Setiap Kali Aidilfitri, Rakyat Sabah Seru Semua Pihak Turun Padang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?