• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pesan E-Hailing Tapi Demand Tak Nak Kereta ‘Busuk’, Pelanggan Dari Unimas Ini Raih Perhatian Netizen

Oleh
Nazihah AN
31 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pesan E-Hailing Tapi Demand Tak Nak Kereta 'Busuk', Pelanggan Dari Unimas Ini Raih Perhatian Netizen

‘Cerewet betul.. sedarlah diri tu penumpang’ – netizen

Pesan E-Hailing Tapi Demand Tak Nak Kereta ‘Busuk’, Pelanggan Dari Unimas Ini Raih Perhatian Netizen. Perkhidmatan e-hailing semakin popular di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mudah, pantas dan berpatutan.

Namun, seperti perkhidmatan lain, terdapat pelbagai ragam pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini. Ada yang sampai demand nak ini, nak itu. Tapi apakan daya, nak cari rezeki ni memang banyak cabaran.

Pesan E-Hailing Tapi Demand Tak Nak Kereta 'Busuk', Pelanggan Dari Unimas Ini Raih Perhatian Netizen
Gambar sekadar hiasan. Sumber: vulcanpost.com

Pelanggan ini memesan e-hailing untuk ke Waterfront Kuching.

Begitulah yang dihadap pemandu e-hailing apabila dirinya menerima notification dari aplikasinya, apabila kongsiannya di laman sosial telah raih perhatian netizen Sarawak.

Seorang pelanggan dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mendapat perhatian netizen apabila memesan perkhidmatan e-hailing dengan menyertakan nota khas yang meminta jika pemandu e-hailing menggunakan kereta ‘busuk’ jangan terima.

Pesan E-Hailing Tapi Demand Tak Nak Kereta 'Busuk', Pelanggan Dari Unimas Ini Raih Perhatian Netizen
Sumber: Facebook

Kongsian lelaki ini di Facebook jadi tumpuan netizen

Difahamkan bahawa pelanggan tersebut memesan e-hailing dari Unimas hendak ke Waterfront, Kuching.

Tangkapan skrin pesanan tersebut telah dikongsi di Facebook oleh seorang pemandu e-hailing yang menerima pesanan tersebut. Nota pada pesanan itu menyatakan,

“Axia, Myvi, Proton.. jangan accept.. Nak kereta baru.. tak nak kereta busuk.. saya bawa kekasih”.

Pesan E-Hailing Tapi Demand Tak Nak Kereta 'Busuk', Pelanggan Dari Unimas Ini Raih Perhatian Netizen
Pesan E-Hailing Tapi Demand Tak Nak Kereta ‘Busuk’, Pelanggan Dari Unimas Ini Raih Perhatian Netizen

‘Banyak cerita nak tumpang kereta orang.. sendiri takda kereta’ – netizen

Pesanan pelanggan tersebut telah menimbulkan kemarahan di kalangan netizen yang merasakan ia tidak sopan dan sombong. Beberapa netizen mempertikaikan kenapa pelanggan tersebut memilih untuk memakai perkhidmatan e-hailing jika dia ingin menggunakan kereta yang baru.

Ada juga yang menganggap bahawa permintaan pelanggan tersebut agak lucu. Siap ada suggest suruh ambil guna ambulance atau van jenazah.

Sumber: Facebook

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Boleh Tuntut Refund Segera, AirAsia Lancar Panggilan Khidmat Pelanggan Melalui Super App
Viral Resipi ‘Unsalted’ Butter Bersama Kurma, Kombinasi Ini Bakal Buat Anda Ketagih!
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Viral Resipi 'Unsalted' Butter Bersama Kurma, Kombinasi Ini Bakal Buat Anda Ketagih! Viral Resipi ‘Unsalted’ Butter Bersama Kurma, Kombinasi Ini Bakal Buat Anda Ketagih!
Next Article Tawar Mee Percuma Untuk Mereka Dalam Kesusahan, Kafe Di Miri Ini Dipuji Orang Ramai Tawar Mee Percuma Untuk Mereka Dalam Kesusahan, Kafe Di Miri Ini Dipuji Orang Ramai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?