• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pesan Makanan Lambat, Abang Rider Di Sarawak Ini Kongsi Video Kena ‘Sidai’ Depan Pintu Masuk Universiti

Oleh
Husna Hazmi
17 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Ramai betul abang rider yang kena sidai ni.

Pesan Makanan Lambat, Abang Rider Di Sarawak Ini Kongsi Video Kena ‘Sidai’ Depan Pintu Masuk Universiti. Zaman sekarang, ramai yang sudah memilih untuk memesan makanan menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar masing-masing. Mana tidaknya, ia lebih mudah, jimat masa dan banyak promosi hebat yang boleh didapati.

Tidak kira usia, semua orang suka menggunakan servis menghantar makanan ini termasuklah pelajar yang belajar di institusi pengajian tinggi. Ini kerana kebanyakkan para pelajar ini tidak mempunyai pengangkutan sendiri dan memilih jalan yang singkat serta menjimatkan masa dengan memesan makanan secara dalam talian.

Pesan Makanan Lambat, Abang Rider Di Sarawak Ini Kongsi Video Kena ‘Sidai’ Depan Pintu Masuk Universiti. Gambar tangkap layar dari TikTok

Berkongsi pengalamannya kena ‘sidai’ oleh pelajar institusi pengajian tinggi

Baru-baru ini di TikTok, seorang abang rider ini berkongsi pengalamannya kena ‘sidai’ oleh para pelajar yang memesan makanan melepasi masa ‘curfew’ institusi pengajian tinggi masing-masing.

Untuk pengetahuan, setiap institusi pengajian tinggi mempunyai masa tutup pintu masuk depan masing-masing, ada yang jam 10 malam ada yang 11 malam dan selanjutnya.

Dalam video yang telah ditonton sebanyak 123.7K kali (setakat artikel ini ditulis) itu, ada 4 orang abang rider yang tengah menunggu di hadapan pintu masuk universiti menunggu pelanggan mengambil pesanan mereka.

Kepada pelanggan Unimas atau Uitm, dah tahu pintu masuk depan tutup jam 10, janganlah pesan. Kesian dekat kita orang ni. Dah kena sidai vendor tambah lagi kena sidai dengan korang”, kata abang rider tersebut di dalam video.

Gambar tangkap layar dari TikTok

Guna kaedah pembayaran secara tunai.

Di ruangan komen pula, abang rider tersebut turut berkata dia terpaksa menunggu lama di hadapan pintu masuk universiti berkenaan kerana ada sesetengah yang menggunakan kaedah pembayaran secara tunai.

Jadi, terpaksalah para rider ini menunggu lama pelanggan mereka untuk mengambil makanan di hadapan pintu masuk universiti. Maklumlah, kolej masing-masing kan jauh dari pintu masuk.

Kesimpulannya, buat para pelajar di luar sana yang ingin menggunakan servis menghantar makanan, anda pesanlah makanan awal. Anda perlu ingat, abang rider juga perlu mencari rezeki, kalau mereka kena tunggu pelajar lama-lama di hadapan pintu masuk, nanti pelanggan lain pula akan mendapat makanan lambat dan abang-abang rider ini berkemungkinan akan mendapat ‘bad review‘ serta tidak dapat menghantar makanan buat pelanggan lain pula.

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Ingatkan Meme, Gambar Buaya Tular Naik Bot Ini Rupanya Bangkai Buaya Ditemui Di Bako
Bunyi ‘Jeritan’ Di Bilik Sebelah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Seram Ketika Di Sebuah Pusat Peranginan Di Mukah
SUMBER :TikTok apizmullet2511
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kantoi Palsukan Invois Berjumlah 19K, Dua Pegawai Polis Sarawak Direman Kantoi Palsukan Invois Berjumlah 19K, Dua Pegawai Polis Sarawak Direman
Next Article Persimpangan Lampu Isyarat Di Bulatan Tabuan Tranquility Akan Dibuka Mulai Esok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?