• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Borneo 2024 Bakal Diadakan Di Bintulu 25-29 September Ini

Oleh
Husna Hazmi
21 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Peserta dari 27 negara akan menyertai pesta ini

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Borneo 2024 Bakal Diadakan Di Bintulu 25-29 September Ini. Dilaporkan, Pesta Layang-Layang Antarabangsa Borneo 2024 (BIKF) akan diadakan di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu @Lasar Kenyalang.

Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari, berkata antara aktiviti yang bakal diadakan termasuk persembahan layang-layang gergasi dan sukan, paparan taman angin, pameran gergasi Mr King Kong, glamping, perarakan, serta bengkel membuat layang-layang.

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Borneo 2024 Bakal Diadakan Di Bintulu 25-29 September Ini. Gambar sekadar hiasan

170 orang dari sembilan negeri (Malaysia) dan 27 negara akan menyertai

Pesta tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di mana ia melibatkan seramai 170 orang dari sembilan negeri (Malaysia) dan 27 negara lain akan menyertai BIKF 2024 kali ini.

Dengan penganjuran acara besar ini, beliau turut memaklumkan bahawa Lembaga Pelabuhan Bintulu, sebagai rakan strategik BDA, telah menyumbangkan sebanyak RM200,000 untuk BIKF 2024.

Beliau berharap agar pesta ini dapat menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong untuk menghadiri festival, sekali gus meningkatkan daya tarikan dan imej antarabangsa acara berkenaan.

Penutupan jalan

Dalam masa yang sama turut dilaporkan bahawa, satu bahagian jalan berhampiran Lasar Kenyalang, tapak bekas Lapangan Terbang Bintulu Lama akan ditutup bagi memudahkan penganjuran Pesta Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) ke-17, yang akan berlangsung dari 25 hingga 29 September.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), penutupan jalan akan dilakukan dari jam 10 pagi hingga 6 petang sepanjang tempoh festival tersebut.

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

Contoh Terbaik, Lelaki Jepun Ini Tolong Kutip Sampah Selepas Festival Layang-Layang Antarabangsa Kabong 2023
Jolynn J Chin, Pianis Pertama Sarawak Terbitkan Album di Studio Legenda Abbey Road
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penutupan Jalan Dan Laluan Alternatif Sempena Upacara Pembukaan Para SUKMA Di Kuching
Next Article MA63 Landasan Penting Tuntut Hak Sarawak Yang Sudah Lama Tertunggak – Dr Sim

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?