• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pihak Polis Henti Kutipan Bayaran Saman, Diskaun 80 Peratus Ke Atas Saman Trafik Tamat Pada Tengahari Ini

Oleh
Nazihah AN
30 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Pihak Polis Henti Kutipan Bayaran Saman, Diskaun 80 Peratus Ke Atas Saman Trafik Tamat Pada Tengahari Ini

Tamat pada 30 Disember 2021, pukul 12.00 tengahari ini

Pihak Polis Henti Kutipan Bayaran Saman, Diskaun 80 Peratus Ke Atas Saman Trafik Tamat Pada Tengahari Ini. Dipetik dari The Borneo Post, diskaun 80 peratus untuk saman trafik sempena Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Sarawak akan tamat pada 12 tengahari ini(30 Disember).

Isi Isi Penting
  • Tamat pada 30 Disember 2021, pukul 12.00 tengahari ini
  • Melalui portal dalam talian ‘MyBayar Saman’
  • Diskaun itu juga tidak layak untuk sebarang kesalahan lalu lintas yang melibatkan lori.
  • Lagi di sini:

Menurut Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata bahawa kaunter pembayaran di semua ibu pejabat polis daerah akan menghentikan kutipan bayaran pada tengah hari ini untuk tujuan perakaunan.

Pihak Polis Henti Kutipan Bayaran Saman, Diskaun 80 Peratus Ke Atas Saman Trafik Tamat Pada Tengahari Ini
Sumber gambar: MyBayar.rmp.gov.my

Melalui portal dalam talian ‘MyBayar Saman’

Sebelum ini dilaporkan bahawa selain kaunter fizikal, pembayaran juga boleh dibuat di portal dalam talian ‘MyBayar Saman’.

Menurut polis, hampir semua saman trafik layak mendapat diskaun kecuali saman kerana melompat lampu merah, menyalahgunakan lorong kecemasan, memotong barisan, memotong di garisan putih berkembar, kemalangan, kes mahkamah yang sedang berjalan, kesalahan tidak boleh kompaun dan ekzos yang diubah suai. .

Pihak Polis Henti Kutipan Bayaran Saman, Diskaun 80 Peratus Ke Atas Saman Trafik Tamat Pada Tengahari Ini
Gambar hiasan: Sumber gambar: The Borneo Post

Diskaun itu juga tidak layak untuk sebarang kesalahan lalu lintas yang melibatkan lori.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menawarkan diskaun 80 peratus bagi saman trafik sehingga 12 Disember lalu, namun dilanjutkan tempoh sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Tempoh lanjutan dilaksanakan susulan PDRM menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, di samping memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan tunggakan dengan pengurangan nilai saman.

Pada masa yang sama, inisiatif ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan bebanan masyarakat yang terkesan selepas penularan Covid-19, sekali gus dapat mengurangkan jumlah saman dalam simpanan data PDRM.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalan Utama Ditutup, Pantai Trombol Di Telaga Air Kini Tidak Dibuka Untuk Orang Ramai
Next Article Bantuan Keluarga Malaysia Bakal Dilaksana, Permohonan Baharu Dan Semakan BKM Dibuka Januari 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Bakal Dilaksana, Permohonan Baharu Dan Semakan BKM Dibuka Januari 2022

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?