• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Bongkar Taktik Along Semenanjung Guna Geng Di Sibu Tagih Hutang

Oleh
Aina Musa
28 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Polis Bongkar Taktik Along Semenanjung Guna Geng Di Sibu Tagih Hutang

Tagih hutang dengan cara mengugut

Polis Bongkar Taktik Along Semenanjung Guna Geng Di Sibu Tagih Hutang. Polis Sarawak berjaya membongkar kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dari Semenanjung Malaysia yang mengupah kumpulan tempatan di sini yang menggunakan kekerasan untuk memungut hutang di bandar ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, modus operandi pemberi pinjaman itu terbongkar berikutan penangkapan empat lelaki yang dipercayai anggota Geng Rosli yang menagih hutang dengan cara mengugut peminjam yang gagal membayar hutang mereka.

Polis Bongkar Taktik Along Semenanjung Guna Geng Di Sibu Tagih Hutang. Kredit: The Star

Dalam sidang media di sini pada Rabu, beliau berkata, tiga daripada suspek yang berusia di antara 20 dan 40 tahun ditangkap pada 22 September di Jalan Lada di sini, sementarasuspek keempat berusia 31 tahun diberkas pada 24 September di jalan yang sama.

Hasil tangkapan itu, polis turut menjumpai dan merampas dua botol berisi cat warna merah, satu rantai pengunci, dua keping kertas tertulis nota ugutan dan tiga unit telefon bimbit.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek mengaku bekerja sebagai pemungut hutang tanpa lesen dengan upah RM300 bagi setiap satu tugas dengan menghantar nota ugutan dan menyimbah cat ke alamat peminjam yang gagal menjelaskan hutang pemberi pinjaman yang mengupah suspek-suspek ini,” katanya.

Gambar hiasan

Mohd Azman berkata, dengan tertangkapnya keempat-empat suspek ini, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya sembilan kes ugutan jenayah dan khianat di sekitar daerah ini.

“Dua kes melibatkan jenayah komersial disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 dan tujuh kes melibatkan ugutan jenayah dan khianat disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Baca lagi artikel menarik:

Tampil Bergaya Rupanya Kantoi Pencuri, Individu Ini Dedah Tiktoker Sering Curi Barang Roommate
40 Remaja Dicabul, Dipaksa Buat Seks Oral Jika Nak Masuk Geng Motor
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TYT Sarawak Buat Penampilan Umum Pertama Di Padang Merdeka Setelah Balik Dari Turkiye TYT Sarawak Buat Penampilan Umum Pertama Di Padang Merdeka Setelah Balik Dari Turkiye
Next Article Cemas Kepala Budak Tersepit Di Cermin Kereta, Ibu Cuai Tak Tengok Belakang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?