• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Lepas Tembakan, Pasangan Rempuh ‘Roadblock’ Rupanya Suspek Curi Kenderaan Di Kuching

Oleh
Aina Musa
5 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Polis Lepas Tembakan, Pasangan Rempuh 'Roadblock' Rupanya Suspek Curi Kenderaan Di Kuching

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

Polis Lepas Tembakan, Pasangan Rempuh ‘Roadblock’ Rupanya Suspek Curi Kenderaan Di Kuching. Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk menghentikan cubaan suspek disyaki kes curi kenderaan meloloskan diri dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sibu-Bintulu, Mukah semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya mengesahkan berlaku kecurian kenderaan jenis Toyota Fortuner oleh beberapa individu tidak dikenali di Pasar Baru Tatau sekitar jam 1.09 pagi.

Polis Lepas Tembakan, Pasangan Rempuh 'Roadblock' Rupanya Suspek Curi Kenderaan Di Kuching
Polis Lepas Tembakan, Pasangan Rempuh ‘Roadblock’ Rupanya Suspek Curi Kenderaan Di Kuching. Kredit: Borneo Post

Menurutnya, hasil maklumat diterima, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau terserempak dengan tiga kenderaan jenis Toyota Fortuner dan Hilux serta sebuah Perodua Viva sekitar jam 3.04 pagi.

Ketiga-tiga kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan berada di kilometer (km) 82, Jalan Sibu-Bintulu Mukah.

“Ketika anggota cuba untuk menghampiri kenderaan itu, tiba-tiba kenderaan Toyota Hilux dan Fortuner memecut laju ke arah pasukan polis.

Polis Lepas Tembakan, Pasangan Rempuh 'Roadblock' Rupanya Suspek Curi Kenderaan Di Kuching

“Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan dan tayar kedua-dua kenderaan itu untuk menghentikan tindakan dan kenderaan suspek, namun suspek berjaya loloskan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azman berkata, kedua-dua kenderaan itu terus memecut laju dan merempuh sekatan jalan raya yang dilaksanakan oleh pasukan dari Balai Polis Selangau lebih kurang 300 meter dari tempat kejadian.

“Tindakan suspek itu juga hampir melanggar anggota yang bertugas dan pasukan polis terus mengejar suspek sebelum sebuah kenderaan iaitu Toyota Fortuner terbabas di tepi jalan.

Polis Lepas Tembakan, Pasangan Rempuh 'Roadblock' Rupanya Suspek Curi Kenderaan Di Kuching

“Suspek itu bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan menaiki Toyota Hilux,” jelasnya sambil menambah, Toyota Fortuner yang terbabas telah dirampas dan disahkan bahawa kenderaan itu dicuri di Pasar Baru, Tatau.

Pada hari yang sama, Azman menjelaskan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Betong berjaya menangkap suspek lelaki tempatan berumur 38 tahun sekitar jam 1 petang.

“Lelaki berkenaan sedang mendapatkan rawatan di Wad Kecemasan Hospital Betong akibat terkena satu das tembakan di bahagian lengan kanan dan satu tembakan di bahagian pinggang sebelah kanan.

“Turut ditangkap ialah seorang suspek wanita tempatan berumur 34 tahun,” tambahnya.

Hasil semakan katanya, suspek lelaki mempunyai 8 rekod kesalahan mencuri kenderaan, satu rekod kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan satu rekod kesalahan cuba membunuh orang.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan motor dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh orang,” tegasnya.

Baca lagi artikel menarik:

‘Untuk Bantu Bentuk Sahsiah’, Karim Sokong Idea PM Galakkan Pelajar Bersihkan Tandas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Untuk Bantu Bentuk Sahsiah', Karim Sokong Idea PM Galakkan Pelajar Bersihkan Tandas ‘Untuk Bantu Bentuk Sahsiah’, Karim Sokong Idea PM Galakkan Pelajar Bersihkan Tandas
Next Article Misteri Gadis Sandakan Tiba-Tiba Hilang Di Chiang Mai, Keluarga Bimbang Kena Culik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?