• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Saman Pemandu Bezza Gara-Gara Langgar Lampu Merah Di Jalan Astana

Oleh
Aina Musa
23 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Polis Saman Pemandu Bezza Gara-Gara Langgar Lampu Merah Di Jalan Astana

Padah langgar lampu merah

Polis Saman Pemandu Bezza Gara-Gara Langgar Lampu Merah Di Jalan Astana. Seorang pemandu kereta jenis Perodua Bezza telah dikenakan saman selepas rakaman video yang menunjukkan dia melanggar lampu isyarat merah di Jalan Astana tular di media sosial. Kejadian yang berlaku pada 17 Mei 2024, sekitar jam 5:05 petang itu mendapat perhatian ramai setelah video berdurasi 8 saat dimuat naik di laman Facebook Sarawak Road Updates.

Dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan bahawa semua kenderaan lain berhenti di persimpangan lampu isyarat, namun pemandu Perodua Bezza tersebut bertindak melanggar peraturan dengan meneruskan perjalanan meskipun lampu isyarat masih merah. Tindakan ini telah menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak yang menonton video tersebut.

Polis Saman Pemandu Bezza Gara-Gara Langgar Lampu Merah Di Jalan Astana. Sumber: FB JSPT

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bertindak pantas dengan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti pemandu yang terlibat.

Pada 21 Mei 2024, sekitar jam 8:50 pagi, pemandu tersebut berjaya dikesan dan telah dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut kenyataan pihak polis, pemandu Perodua Bezza tersebut dikenakan satu saman PDRM (K) 257 atas kesalahan di bawah Rule 17 LN 167/59 kerana bergerak semasa lampu isyarat merah. Tindakan tegas ini diambil untuk memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan bersama.

IPD Kuching mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya untuk mengelakkan kemalangan dan menjaga keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Elle SMDX Dikecam Dan Dianggap Sombong Gara-Gara Tidak Kenal Dolla
Next Article 7 Remaja Ditahan, Buli Dan Ugutan Punca Pergaduhan Di Pasar Besar Kota Kinabalu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?