• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Hina Premier Sarawak, Polis Bakal Jalankan Siasatan Ke Atas Ahli Politik

Oleh
Nazihah AN
29 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Hina Premier Sarawak, Polis Bakal Jalankan Siasatan Ke Atas Ahli Politik

Ahli politik ini didakwa menghina Premier Sarawak dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Polis bakal jalankan siasatan ke atas Zool Amali Hussin atau lebih dikenali sebagai Bozz Jebat atas dakwaan menghina Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata setakat ini, tiga laporan polis telah dibuat oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan seorang ahli parti politik terhadap Bozz Jebat.

NGO Sarawak telah membuat laporan polis terhadap Bozz Jebat di balai polis Gita semalam

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dua NGO, iaitu Persatuan Kebajikan Sahabat Pembina Insan Sarawak (Sahabat) Bahagian Kuching dan Persatuan Warisan Anak Sarawak (Waris) telah membuat laporan polis terhadap Bozz Jebat di balai polis Gita semalam.

Laporan polis dibuat selepas sebuah video yang menunjukkan Bozz Jebat didakwa menghina Abang Johari dan Tiong menjadi viral di media sosial.

Sementara itu, ahli-ahli dua NGO di daerah lain juga dijangka membuat laporan polis yang berasingan hari ini.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Hina Abang Jo Dan Tiong, NGO Sarawak Gesa Ambil Tindakan Tegas Terhadap Bozz Jebat
Siap Ugut Dera, Bapa Terkilan Guru Pendidikan Khas Di Tuaran Ini Kantoi Hina Anak OKU
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Geraldine Chung, Atlet Judo Sarawak Menang Pingat Perak Di UK Atlet Judo Sarawak, Geraldine Chung Menang Pingat Perak Di UK
Next Article Sarawak Buka 10,000 Hektar Tanaman Padi Untuk Hadapi Masalah Beras Mahal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?