Port Bundle Yang Anda Mesti Singgah Di Sarawak
Port Bundle Di Sarawak
Barangan bundle adalah barangan preloved yang dijual dengan harga yang sangat murah. Kebiasaannya barangan bundle ini dibawa terus dari luar negara seperti dari Jepun, Amerika Syarikat dan juga Eropah.
Di sarawak ada jugak port-port bundle yang boleh anda semua pergi, kepada kaki-kaki bundle yang pergi ke sarawak atau menetap di sana boleh cuba port bundle ini
Fui Fa Bundle
kredit gamabar-Fui Fa Bundle
Fui Fa Bundle dimiliki dan dikendalikan oleh Fui Fa (pengasas) sejak 2014. Syarikat “Fui Fa Bundle Company” didaftarkan di Kuching, Sarawak. Kini mereka mempunyai tiga cawangan di Kuching( Malihah,Samariang dan Matang)
dekat sini terdapat pelbagai jenis baju, jeans , topi dan banyak lagi, jadi tidak rugi lah kalau pergi ke mana-mana lokasi bundle ini
Yang menarik jugak di sini, anda boleh membuat pembayaraan melalui QRpay ataupun Bank Transfer selain daripada menggunakan tunai
Boleh klik Di sini untuk Lokasi Malihah,Samariang dan Matang
Global Bundle
Perniagaan Global Bundle merupakan kedai bundle pioneer (bermula pada tahun 2003) di Kuching, Sarawak. Mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam bidang pakaian terpakai.
Dengan ini, pakaian dijamin pada harga terendah, tetapi kualiti tinggi dan berjenama kerana kebanyakan diimport dari negara-negara seperti USA, Jepun, Korea Selatan, dan taiwan.
Untuk lokasi klik di SINI
AB Bundle Kucing
kredit gambar-AB Bundle
Port bundle ini terletak di Taman Fah Tah, 93050 Kuching, Sarawak, beroperasi dari 9.30 AM smpai lah pukul 10 PM
Port bundle ini memang terbaik , banyak jenis Kasut dan Pakaian yang boleh anda dapatkan
Untuk lokasi klik di SINI
STAR Bundle
Lokasi bundle ini di Jalan Kwong Lee Bank, Pending Heights 93450 Kuching, Malaysia
Bundle ini menyediakan pelbagai jenis bag,jacket dan baju yang rata-rata di import dari Korea, Japan, Australia, dan Amerika syarikat
waktu operasi dari 9.00 AM – 7.00 PM setiap hari
Untuk lokasi klik di SINI
EZY BUNDLE Kota Samarahan
Port bundle ini terletak di Kampung Melaban, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
Selalunya port ni selalu dipenuhi dengan student-student universiti Uitm kota Samarah,Unimas dan IPG Kota Samarahan
barangan bundle dijual di sini memang tidak masuk akal, kualiti memang terbaik dan harga memang tersangat berbaloi
Waktu Operasi dari 10.30 AM – 10 PM
Untuk lokasi klik di SINI
NF Bundle & Car Wash
Lokasi berhadapan dengan padang bola dan Maktab perguruan, Kampung Sindang, Kota Samarahan.
sementara cari-cari barangan bundle tu, bolehlah anda hantara kereta anda untuk dicuci
Green Bundle Trading @ Matang
Green Bundle Trading ini tidak asing bagi peminat bundle terutamanya yang gemar mencari kasut dan jaket. Namun berdasarkan pemerhatian, harga di sini agak mahal namun barangan yang disediakan lebih teratur dan juga sangat berkualiti.
Sepakat Bundle
Sepakat Bundle menjalankan operasi mereka di Uptown Giant Semariang. Dikhabarkan mereka juga mempunyai operasi di uptown uptown yang lain di sekitar bandaraya Kuching.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman facebook mereka : Sepakat Bundle