• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Prebet Muda Meninggal Didakwa Didera Di Kem Miri, Dua Anggota Ini Ditahan

Oleh
Nazihah AN
27 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Prebet Muda Meninggal Didakwa Didera Di Kem Miri, Dua Anggota Ini Ditahan

Prebet Muda Pitam dan Meninggal Dunia

Prebet Muda Meninggal Didakwa Didera Di Kem Miri, Dua Anggota Ini Ditahan. Seorang anggota muda Tentera Darat Malaysia (TDM), Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21 tahun, dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani aktiviti fizikal berat yang diarahkan oleh dua anggota senior di Kem Sri Miri, awal pagi Isnin lalu.

Insiden tragis itu berlaku sekitar jam 2.15 pagi ketika mangsa sedang tidur di berek bujang sebelum dikejutkan oleh dua anggota senior untuk bersahur. Namun sebelum sempat menjamah makanan, mangsa diarahkan melakukan senaman fizikal — antaranya ‘commando rest’ (kedudukan kepala di lantai, tangan di belakang) selama dua minit serta 20 kali tekan tubi.

Prebet Muda Meninggal Didakwa Didera Di Kem Miri, Dua Anggota Ini Ditahan

‘Manhandling’ Disyaki Punca Kematian Anggota Tentera Muda

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, selepas senaman itu, mangsa yang kelihatan berpeluh dikatakan berdiri lalu terus pitam. Kejadian itu disedari oleh seorang anggota berpangkat Koperal, yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Miri. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 pagi.

Susulan kejadian, dua anggota tentera lelaki masing-masing berusia 22 dan 24 tahun ditahan di kem yang sama sekitar jam 4.30 petang semalam. Kedua-duanya kini direman selama tujuh hari sehingga 2 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh.

Tentera Darat Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati terdapat unsur ‘manhandling’ atau pengendalian secara kasar terhadap mangsa, yang dipercayai menjadi punca utama kematian.

Laporan awal bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri turut mengesahkan punca kematian berpunca daripada trauma akibat hentakan benda tumpul pada bahagian dada, yang menyebabkan kerosakan serius pada jantung.

Jenazah Muhammad Muqriz telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Islamiah, Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada malam yang sama, sekitar jam 11.55 malam.

Pihak berkuasa kini giat menjalankan siasatan bagi mendapatkan keadilan buat mangsa serta memastikan insiden sebegini tidak berulang dalam kalangan pasukan pertahanan negara.

Baca juga sini:

Tragedi Di Hutan Song, Anggota Tentera Terkorban Dalam Insiden Tembakan Misteri Di Kanowit
Bekas Tentera Dihukum Gantung, ‘Ragging’ Anak 9 Tahun Sampai Mati
SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Dipenjara Kerana Guna Kanak-Kanak Jual Buah Di Sabah, Termasuk Anak Sendiri
Next Article Budak 12 Tahun Naik Bas Senyap-Senyap Ke Kapit, Ditemui Selamat Lepas 9 Jam Budak 12 Tahun Naik Bas Senyap-Senyap Ke Kapit, Ditemui Selamat Lepas 9 Jam

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?