• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Projek Pembinaan ART Kini Bermula Di Satok

Oleh
Nazihah AN
25 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Projek Pembinaan ART Kini Bermula Di Satok

Projek ART bermula dengan di Jalan Nanas dan Padang Pasir

Projek Pembinaan ART Kini Bermula Di Satok. Penduduk di Satok kini boleh menjangkakan transformasi besar apabila pembinaan laluan Transit Pantas Automatik (ART) mula dijalankan. Dalam usaha untuk memajukan infrastruktur pengangkutan awam di Sarawak, beberapa kawasan sudah dibersihkan bagi memastikan kelancaran pembinaan projek ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki, menjelaskan bahawa beberapa lokasi penting, terutamanya di sepanjang Jalan Nanas, telah diperiksa untuk memastikan perjalanan projek ini berjalan lancar.

Projek Pembinaan ART Kini Bermula Di Satok

Era Baru Pengangkutan Sarawak

“Salah satu sebab pembersihan ini adalah untuk memastikan kawasan tersebut kelihatan kemas dan bersedia untuk pembangunan. Kawasan Padang Pasir pula dipercayai akan dijadikan lokasi untuk sebuah stesen ART, jadi persiapan sedang dijalankan untuk itu,” jelas beliau.

Beliau turut menambah bahawa laluan biru bagi projek ART ini akan melibatkan kawasan Padang Pasir, menjadikannya salah satu kawasan utama untuk pembangunan stesen baharu tersebut. Menurut beliau, projek ini kini sedang berjalan dengan lancar, dan fasa pembinaan telah bermula.

“Seperti yang kita tahu, projek ART ini telah bermula, dan kawasan di Padang Pasir yang berada di bawah laluan biru akan digunakan untuk tujuan tersebut,” tambahnya lagi seperti yang dilaporkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini.

Bagi warga Satok, perkembangan ini pastinya membawa harapan besar kepada kemudahan pengangkutan awam yang lebih efisien dan moden. Sama-sama kita nantikan perubahan positif yang akan dicetuskan oleh projek ini.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Laluan Ibraco Ke The Northbank Ditutup Untuk Pembinaan Stesen ART

SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Kulinari Sabah Tersenarai 100 Wiki Impact Malaysia 2024
Next Article Pesawat A330neo Malaysia Airlines Mendarat Buat Kali Pertama Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?