• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

‘Puasa Bagi Saya Tak Masuk Akal’, Justin Bieber Dan Hailey Perlekeh Ibadah Puasa

Oleh
ILB - AI
5 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Justin dan Hailey dikecam netizen kerana dikatakan mengejek tentang berpuasa di bulan Ramadan

‘Puasa Bagi Saya Tak Masuk Akal’, Justin Bieber Dan Hailey Perlekeh Ibadah Puasa. Penyanyi antarabangsa terkenal, Justin Bieber dan isterinya model terkenal, Hailey Bieber dikecam netizen dengan teruk apabila melontarkan pandangan yang kurang bijak mengenai bulan Ramadan yang sedang dijalani oleh seluruh umat islam di dunia sekarang.

Menurut laporan, Justin berpendapat bahawa dia perlu berfikir dengan teliti sebelum memutuskan untuk tidak makan atau minum sepanjang hari kerana dia tidak pernah berpuasa.

Justin Bieber Dan Hailey Perlekeh Ibadah Puasa
Sumber: mStar

“Saya perlu fikirkannya terlebih dahulu dengan mendalam sebab saya tidak pernah melakukannya. Saya rasa badan saya perlukan nutrisi untuk berfikiran dengan betul,” katanya,” ujarnya menurut sumber.

Berpuasa tak masuk akal?

Bagaimanapun, isterinya Hailey pula menyelar amalan puasa di bulan Ramadan seolah-olah tidak masuk akal.

Bagi Hailey, dia percaya terdapat banyak cara lain untuk berpuasa seperti berhenti menonton televisyen dan berhenti bermain telefon pintar, tetapi berpuasa tanpa makan tidak masuk akal.

“Puasa bagi saya tidak masuk akal. Kalau berpuasa televisyen atau telefon bimbit itu saya percaya, tapi kalau berpuasa makanan itu tidak masuk akal. Tapi kalau berpuasa gula-gula atau gula minuman itu mungkin sesuai untuk saya,” kata model terkenal itu.

Difahamkan, Justin dan Hailey berkata demikian semasa membuat siaran langsung ‘live’ di Instagram, dan akaun TikTok bernama Insertlive ini memuat naik semula potongan klip dari video ‘live’ tersebut.

@insertliveofficial

Justin Bieber dan Hailey Baldwin mendapat kritikan karena pendapatnya soal berpuasa #fyp #fypglobal #tiktokentertainment

♬ Love You Different – Justin Bieber

Disebabkan kekurangan pengetahuan pasangan itu tentang Ramadan, peminat menggesa mereka untuk belajar tentang puasa serta menghormati bulan mulia ini untuk umat Islam.

“Nampaknya pasangan ini memang secocok sebab sama-sama kurang bijak,” kata salah seorang peminat.

“Tolong didik diri Justin dan Hailey. Berfikir dengan baik dan cari ilmu mengenai puasa,” ujar peminat lagi.

Baca juga kisah yang berkaitan dengan puasa:

‘Ramai Yang Nak Jadi Organizer’, Netizen Pertikai Bazaar Ramadan Terlalu Banyak Di Kuching
Udang Galah Butter Milk RM30 Sahaja, Gerai Di Bazaar Ramadan Miri Ini Tarik Perhatian Ramai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Masih Hadap Wabak Rabies, Pemilik Anjing Dikenakan Denda Jika Tidak Divaksin Sarawak Masih Hadap Wabak Rabies, Pemilik Anjing Dikenakan Denda Jika Tidak Divaksin
Next Article Hampir 4 Tahun Tertangguh, Jambatan Rambungan Dianggap Sebagai 'Projek Sakit' Hampir 4 Tahun Tertangguh, Jambatan Rambungan Dianggap Sebagai ‘Projek Sakit’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?