• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Puncak Dimie Banjaran Crocker, Lokasi Camping Atas Awan Di Sabah

Oleh
Ismail NA
19 Disember 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Puncak Dimie Banjaran Crocker, Lokasi Camping Atas Awan Di Sabah

Rasa macam camping kat kayangan

Puncak Dimie Banjaran Crocker, Lokasi Camping Atas Awan Di Sabah. Tahukah anda terdapat satu lokasi yang menawarkan pemandangan umpama berada di atas awan? Bukan itu sahaja, anda juga boleh bermalam di sana dan menikmati pemandangan menakjubkan itu sebaik sahaja anda bangun pagi!

Puncak Dimie ialah lokasi camping terbaru untuk kaki camping yang ingin mencari pemandangan yang unik selain daripada laut yang membiru. Tapak camping di atas puncak ini berada bersebelahan dengan gaung dan terletak di Banjaran Crocker Batu 16.

Lokasi camping yang cun tanpa sebarang bayaran

Paling best, lokasi ini tidak mengenakan sebarang bayaran untuk anda masuk dan bermalam di sana.

Puncak Dimie Banjaran Crocker, Lokasi Camping Atas Awan Di Sabah
Puncak Dimie Banjaran Crocker, Lokasi Camping Atas Awan Di Sabah
Sumber : Facebook

Untuk ke sini, anda perlu terlebih dahulu meletakkan kenderaan anda sejauh 500 ke 700 meter dari tapak permulaan pendakian. Pendakian ke puncak bukit pula adalah sejauh 300 meter.

Bagi pendaki tegar, ini bukanlah jarak yang mencabar. Namun, bagi pendaki pemula, mungkin anda perlukan lebih stamina jika tidak mahu berasa semput semasa naik ke sana.

Jangan lupa juga untuk membawa bekalan baju sejuk yang mencukupi kerana dengar khabar, suhu di puncak itu boleh mencapai sehingga 16 darjah Celcius.

Apa yang anda perlu jangkakan setibanya di sana?

Jika anda berhasrat untuk memasang khemah dan bermalam di puncak tersebut, anda perlulah meletakkan pemberat atau mengikat bahagian dalam khemah menggunakan tali. Ini bagi mengelakkan khemah anda tidak roboh akibat tiupan angin di puncak berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, Puncak Dimie ini tidak mempunyai tandas, plug point, dapur, sinki mahu pun kawasan yang sesuai untuk menyalakan unggun api.

Jadi, anda perlulah mempersiapkan diri untuk membawa beberapa barangan yang anda perlukan di kala tiba waktu-waktu terdesak. Contohnya seperti bekalan air yang secukupnya (untuk minum, aktiviti membersihkan diri), tisu lembap, makanan segera, powerbank, serta penghalau serangga.

Puncak Dimie Banjaran Crocker, Lokasi Camping Atas Awan Di Sabah
Sumber : Facebook

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau tentang rangkaian internet kerana Puncak Dimie ini mempunyai capaian internet. Boleh lah anda muat naik terus foto OOTD anda di atas puncak sambil menikmati bintang-bintang yang bergemerlapan di langit.

Tak digalakkan untuk pengunjung kanak-kanak, individu ada masalah tidur

Pemandangan awan yang cantik di Puncak Dimie ini memang mengagumkan. Namun, anda dinasihatkan untuk tidak membawa kanak-kanak atau individu yang takut akan ketinggigan ke atas puncak ini kerana lokasinya agak merbahaya iaitu berdekatan dengan gaung.

Puncak Dimie Banjaran Crocker, Lokasi Camping Atas Awan Di Sabah
Sumber : Facebook & Twitter GZ

Individu yang mempunyai masalah berjalan semasa tidur (sleepwalking) tidak digalakkan untuk bermalam di puncak ini atas sebab keselamatana yang sama.

Walau pun kawasan ini percuma untuk pengunjung yang datang, setiap pelawat sama ada yang ulang alik mahu pun bermalam di sana hendaklah menjaga kebersihan kawasan tapak selepas dilawat atau digunakan.

Macam best je kan? Kalau melancong ke luar negara, boleh habis ribu ringgit juga semata-mata nak ke tempat macam ni. Nasib baik dekat Sabah pun ada.

Puncak Dimie Banjaran Crocker, Lokasi Camping Atas Awan Di Sabah
Sumber : Twitter GZ

Lihat juga tawaran pelancongan yang hebat yang lain di Sabah

Selain itu, anda juga boleh menyemak tawaran pelancongan hebat daripada pusat penginapan serta lokasi pelancongan menarik di Sabah seperti tawaran RM 88 semalam untuk penginapan di Pulau Sepanggar, promosi RM 88 untuk aktiviti luar seperti menaiki ATV, pelayaran makan malam atau sunset dari harga serendah RM 99 dan banyak lagi!

Anda boleh melihat pelbagai tawaran pelancongan yang menarik di laman sesawang Sabah Tourism Board (STB) di pautan ini : Sabah Tourism Deals

Ketahui lokasi menarik lain yang ada di Sabah :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kedai Bakeri Sarawak, Taka Sah Miliki Sijil Halal Sejak Cawangan Pertama Satok Pada Tahun 1986 Kedai Bakeri Sarawak, Taka Sah Miliki Sijil Halal Sejak Cawangan Pertama Satok Pada Tahun 1986
Next Article Ini Sebab Utama Mengapa Jakarta Bakal Menjadi Mantan Ibu Kota Indonesia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?