• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

‘Punyalah Cantik!’ – Tangkap Gambar Sky Mirror Waktu Malam Yang Menakjubkan Di Resort Lahad Datu Ini

Oleh
Nazihah AN
29 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
"Punyalah Cantik!" - Tangkap Gambar Sky Mirror Waktu Malam Yang Menakjubkan Di Resort Lahad Datu Ini

Tak sangka betul tempat secantik ini ada di Malaysia!

‘Punyalah Cantik!’ – Tangkap Gambar Sky Mirror Waktu Malam Yang Menakjubkan Di Resort Lahad Datu Ini. Kalau selalunya anda boleh lihat fenomena sky mirror pada waktu siang, pernah tak anda melihat gambar night sky mirror? Percaya atau tidak, night sky mirror sememangnya wujud di Malaysia!

Isi Isi Penting
  • Tak sangka betul tempat secantik ini ada di Malaysia!
  • Night sky mirror berlatar belakangkan lampu nelayan di laut
  • Masa yang sesuai untuk mengambil gambar Night Mirror Sky
  • Pelbagai aktiviti eko pelancongan yang lain boleh dilakukan di Pulau Buta Eco Tourism
  • Tahukah anda, Cabana Retreat di Kota Belud Sabah juga menawarkan para pengunjung untuk menginap dalam khemah di persekitaran pantai. Baca di bawah:

Kalau anda lihat gambar-gambar night sky mirror yang diambil oleh jurufoto ni, sekali imbas nampak macam di Salar De Uyuni, Bolivia. Tetapi tidak! Semua gambar-gambar ni diambil di Lahad Datu, Sabah sahaja.

'Punyalah Cantik!' - Tangkap Gambar Sky Mirror Waktu Malam Yang Menakjubkan Di Resort Lahad Datu Ini
‘Punyalah Cantik!’ – Tangkap Gambar Sky Mirror Waktu Malam Yang Menakjubkan Di Resort Lahad Datu Ini. Kredit gambar: FB Jamali Jamal Jj

Banyak betul ya, tarikan untuk ke Sabah ni! Sudahlah air lautnya membiru, pasir putihnya yang halus dan hidupan laut yang menakjubkan. Kini, tangkapan gambar ‘sky mirror’ yang luar biasa juga tidak mustahil diambil di Sabah!

Night sky mirror berlatar belakangkan lampu nelayan di laut

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Jamali Jamal Jj, beliau beruntung kerana dapat menangkap gambar night sky mirror di sebuah resort eko-pelancongan di Lahad Datu, Sabah. Ditambah pula dengan cahaya daripada kapal-kapal nelayan di lautan, gambar night sky mirror yang diambilnya menjadi lebih menakjubkan!

N I G H T S K Y M I R R O R : : Punya lawa, dapat snap photo “sky mirror” Pulau Buta Eco Tourism di waktu malam….

Posted by Jamali Jamal Jj on Friday, November 5, 2021

Masa yang sesuai untuk mengambil gambar Night Mirror Sky

Fenomena night sky mirror ini diambil di Pulau Buta Eco Tourism. Di sana, mereka menyediakan tempat untuk anda berkhemah juga tau. Sambil itu, anda boleh lah pergi mengambil gambar pada waktu malam. Kira 2-in1 juga lah ni!

Menurut Jamali Jamal, nak shoot gambar ni pun kena ikut timing juga tau. Kena pastikan waktu air surut dan tenang. Bila air surut, barulah terjadinya pantulan langit di permukaan air yang bertakung di atas pasir. Barulah ia dapat menghasilkan gambar seolah-olah berdiri di atas lantai cermin.

'Punyalah Cantik!' - Tangkap Gambar Sky Mirror Waktu Malam Yang Menakjubkan Di Resort Lahad Datu Ini
‘Punyalah Cantik!’ – Tangkap Gambar Sky Mirror Waktu Malam Yang Menakjubkan Di Resort Lahad Datu Ini. Kredit gambar: FB Jamali Jamal Jj
'Punyalah Cantik!' - Tangkap Gambar Sky Mirror Waktu Malam Yang Menakjubkan Di Resort Lahad Datu Ini
Kredit gambar: FB Pulau Buta Eco Tourism
'Punyalah Cantik!' - Tangkap Gambar Sky Mirror Waktu Malam Yang Menakjubkan Di Resort Lahad Datu Ini
Kredit gambar: FB Pulau Buta Eco Tourism
'Punyalah Cantik!' - Tangkap Gambar Sky Mirror Waktu Malam Yang Menakjubkan Di Resort Lahad Datu Ini
Kredit gambar: FB Pulau Buta Eco Tourism

Pelbagai aktiviti eko pelancongan yang lain boleh dilakukan di Pulau Buta Eco Tourism

Di Pulau Buta, anda juga boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti yang disediakan. Antaranya hiking, kayak, river cruise, memancing dan banyak lagi! Bah, jum kita cuba try menginap di sana dan ‘kejar’ waktu yang sesuai untuk bergambar night sky mirror.

Layari Facebook Pulau Buta Eco Tourism untuk info lanjut : FB Pulau Buta Eco Tourism

Tahukah anda, Cabana Retreat di Kota Belud Sabah juga menawarkan para pengunjung untuk menginap dalam khemah di persekitaran pantai. Baca di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba’kelalan, Lawas
Next Article [VIDEO] Sengaja Perlahan dan Kejar Pengguna Lain, Netizen Rakam Kenderaan ‘Pembuli’ di Bintulu [VIDEO] Sengaja Perlahan dan Kejar Pengguna Lain, Netizen Rakam Kenderaan ‘Pembuli’ di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?