• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Putin Kini Bagi Arahan Untuk Pasukan Nuklear Berada Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Oleh
Husna Hazmi
28 Februari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Presiden Russia telah mengarahkan ketua pertahanannya untuk bersiap sedia.

Putin Kini Bagi Arahan Untuk Pasukan Nuklear Berada Dalam Keadaan Bersiap Sedia. Pada 24 Februari 2022 Russia telah mengisytiharkan perang ke atas negara jirannya iaitu Ukraine. Pada hari pertama peperangan tersebut, 6 bandar Ukraine telahpun dibedil Russia menggunakan Misil Balistik.

Isi Isi Penting
  • Presiden Russia telah mengarahkan ketua pertahanannya untuk bersiap sedia.
  • Mengarahkan ketua pertahanannya untuk berada dalam keadaan High Alert
  • Corak ancaman yang direka Moscow
  • Baca juga laporan media antarabangsa sebelum ini mengenai MH17 dan hasil siasatan badan siasatan antarabangsa:
Putin Kini Bagi Arahan Untuk Pasukan Nuklear Berada Dalam Keadaan Bersiap Sedia
Putin Kini Bagi Arahan Untuk Pasukan Nuklear Berada Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Mengarahkan ketua pertahanannya untuk berada dalam keadaan High Alert

Kemudian, kita dikejutkan lagi dengan berita bahawa Presiden Russia Vladimir Putin yang telah mengarahkan ketua pertahanannya untuk meletakkan ‘pasukan pencegahan’ negara itu dalam keadaan sangat bersedia (High Alert) – merujuk kepada unit yang termasuk senjata nuklear – susulan kenyataan agresif oleh pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan sekatan ekonomi terhadap ibu negara Russia iaitu Moscow.

Putin juga menuduh negara Barat mengambil langkah ‘tidak mesra’ terhadap negaranya di tengah-tengah pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

“Saya mengarahkan menteri pertahanan dan ketua kakitangan am angkatan tentera Russia untuk meletakkan pasukan pencegahan tentera Russia ke dalam mod khas perkhidmatan tempur,” kata Putin dalam ucapannya di televisyen.

Putin Kini Bagi Arahan Untuk Pasukan Nuklear Berada Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Corak ancaman yang direka Moscow

Dalam masa yang sama, di Washington pula, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki, berkata arahan Putin untuk meletakkan pasukan nuklear Russia dalam keadaan berjaga-jaga adalah sebahagian daripada corak ancaman yang direka Moscow untuk mewajarkan pencerobohan.

“Kita telah melihat beliau melakukan ini berulang kali. Russia tidak pernah diancam oleh NATO, adakah Russia berada di bawah ancaman dari Ukraine,” kata Psaki dalam program ‘Minggu Ini’ ABC.

Tambah Psaki lagi, Amerika Syarikat (AS) terbuka untuk memberikan bantuan tambahan kepada Ukraine.

Baca juga laporan media antarabangsa sebelum ini mengenai MH17 dan hasil siasatan badan siasatan antarabangsa:

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Setelah Hampir 20 Tahun, Tarikan Pelancongan Rainforest Skywalk Terpanjang Di Sabah Akhirnya Siap 100%
Next Article Pekerja Diberhentikan, Netizen Bengang Lihat Gudang J&T CDC Kuching Bersepah Teruk Dan Tak Terurus

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?