• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rakyat Sabah Diminta Bersabar Harungi Jalan ‘Kawah Bulan’ Sandakan-Telupid

Oleh
Ismail NA
14 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin

Rakyat Sabah Diminta Bersabar Harungi Jalan ‘Kawah Bulan’ Sandakan-Telupid. Jalan raya yang berlubang dan teruk bukan sahaja menyakitkan kenderaan, malahan juga mental dan fizikal pengguna. Mana tidaknya, sebaik sahaja melalui jalan yang buruk ini, kenderaan akan mula meragam dan menunjukkan kesan.

Isi Isi Penting
  • Kenyataan ini dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin
  • Baikpulih jalan Sandakan-Telupid satu tindakan sia-sia – Bung Mokhtar
  • Rakyat Sabah minta pengecualian cukai jalan tapi…
  • Beberapa hari yang lalu, seorang pengguna di jalan Miri-Marudi juga mengalami kerosakan kenderaan akibat keadaan jalan yang membahayakan:

Begitu juga dengan keadaan mental dan fizikal pengguna jalan raya yang turut terjejas akibat kesesakan jalan dan waktu memandu yang lama.

Rakyat Sabah Diminta Bersabar Harungi Jalan 'Kawah Bulan' Sandakan-Telupid
Rakyat Sabah Diminta Bersabar Harungi Jalan ‘Kawah Bulan’ Sandakan-Telupid. Kredit foto: FB Hello Urang Sabah

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, kini rakyat Sabah pula diminta untuk bersabar dengan keadaan jalan raya yang parah di negeri itu jika mahu menikmati jalan raya bebas tol kelak.

Baikpulih jalan Sandakan-Telupid satu tindakan sia-sia – Bung Mokhtar

Lapor The Vibes, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata demikian setelah menerima kecaman daripada pengguna jalan raya setelah beliau mengumumkan bahawa tidak akan membaikpulih jalan Sandakan-Telupid sejauh 6.4 km itu.

Rakyat Sabah Diminta Bersabar Harungi Jalan 'Kawah Bulan' Sandakan-Telupid
Lebih 10 tahun, lubang jalan yang sama masih kelihatan. Sumber: FB SandakanKini

Tindakan tidak membaikpulih ini dikatakan bagi memberi keutamaan kepada projek lebuhraya Pan Borneo yang sudah 2 tahun terlewat daripada tarikh sepatutnya siap.

Mengulas lanjut, tujuan baikpulih jalan raya Sandakan-Telupid ini menelan belanja RM 256 juta. Namun demikian, Bung dinasihatkan supaya menangguhkan hasrat tersebut kerana baikpulih dengan anggaran itu hanya untuk jangka masa pendek sahaja. Tambahan pula, jangka hayat jalan tersebut sudah pun tamat pada tahun 2018, dan memerlukan pembinaan semula secara penuh dari peringkat asas.

Saya fikir membuang RM 200 juta untuk membaiki jalan yang akan kembali teruk dalam masa singkat adalah sesuatu yang sia-sia. Jadi, saya merayu agar rakyat Sabah untuk bersabar,”

Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Timbalan Ketua Menteri Sabah

Lihatlah keadaan terkini jalan raya Sandakan-Telupid atau tular digelar jalan ‘kawah bulan’ seperti yang dilalui oleh salah seorang pengguna, DM Nazarruddin, menggunakan kereta pacuan empat roda ini:

Posted by DM Nazaruddin DtkHj DTigabelas on Saturday, February 12, 2022

Rakyat Sabah minta pengecualian cukai jalan tapi…

Susulan keadaan jalan raya yang buruk ini, pengguna jalan di Sabah meminta agar dikecualikan daripada membayar cukai jalan sehingga lebuhraya baharu siap.

Walau bagaimanapun, permintaan rakyat Sabah ini disangkal oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong kerana kerajaan Malaysia tidak dapat menampung cukai jalan sesuka hati untuk rakyat Sabah memandangkan negeri itu hanya menjana pendapatan sebanyak RM 3 bilion daripada jumlah pendapatan negara.

Ujar Wee lagi, meskipun beliau memahami kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Sabah, namun isu ini (pengecualian cukai jalan) adalah melibatkan polisi kerajaan persekutuan. Perkara tersebut akan dibincangkan bersama kerajaan Sabah dan Jabatan Kerja Raya Sabah.

Jelasnya, Sarawak akan mengikut jejak Sabah untuk memohon pengecualian ini sekiranya permintaan ini ditunaikan.

Beberapa hari yang lalu, seorang pengguna di jalan Miri-Marudi juga mengalami kerosakan kenderaan akibat keadaan jalan yang membahayakan:

SUMBER :The Vibes
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persembah Tarian Separuh Bogel, Netizen Tegur Majlis Sambutan Gawai Di Sibu Persembah Tarian Separuh Bogel, Netizen Tegur Majlis Sambutan Gawai Di Sibu
Next Article Dilabel Vandalisme, Rupa-Rupanya Graffiti Viral Sandakan Ini Sebenarnya Karya Artis Graffiti Terkenal Sabah Dilabel Vandalisme, Rupa-Rupanya Graffiti Viral Sandakan Ini Sebenarnya Karya Artis Graffiti Terkenal Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?