• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang ‘Family-Friendly’

Oleh
Nazihah AN
1 Jun 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang 'Family-Friendly'

Pusat beli-belah bukan lagi tempat hanya untuk membeli-belah, sebaliknya ia kini destinasi gaya hidup di mana terdapat sesuatu untuk semua orang

Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang ‘Family-Friendly’. Mall dengan pelbagai jenis kedai dan hiburan menjadi tarikan utama untuk menikmati pengalaman membeli yang lebih menyeronokkan dan selesa.

Isi Isi Penting
  • Mari kita lihat kongsian di bawah
  • 1. Parking (Tempat letak kereta)
  • 2. Tandas awam
  • Lif
  • 4. Makanan
  • 5. Shopping Experience (Pengalaman membeli belah)
  • 6. Surau
  • 7. Untuk Usahawan

Namun begitu, mall yang family-friendly menjadi pilihan utama bagi keluarga yang mengutamakan kepuasan bersama dan kemudahan untuk kanak-kanak.

Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang 'Family-Friendly'
Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang ‘Family-Friendly’

Mari kita lihat kongsian di bawah

Sebuah kongsian lelaki di laman Facebook telah menarik perhatian netizen. Kongsian itu menghimpunkan perbandingan antara Vivacity Mall dan Aeon Mall Kuching, dan ditujukan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

1. Parking (Tempat letak kereta)

  • Harga parking di Aeon lebih murah, dan penyediaan tempat parking yang banyak menjadi kelebihannya. Ia menawarkan 4 jam free parking.
  • Vivacity pula menawarkan parking yang agak mahal dengan kadar penyediaan yang kurang banyak. Pengunjung perlu berhati-hati semasa mencari kerana tiada tanda-tanda yang jelas. Ada juga kes pengguna mesin autopay yang mengalami masalah dan terpaksa membayar kos yang tidak sepatutnya.
Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang 'Family-Friendly'
Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang ‘Family-Friendly’

2. Tandas awam

  • Tandas di Aeon lebih bersih dan lengkap dengan peralatan seperti bilik bayi yang selesa. Bagi lelaki, terdapat tempat kencing berdiri dengan sistem flush automatik yang terbaik. Pengering tangan juga menggunakan teknologi terkini.
  • Tandas di Vivacity kurang disediakan di semua tingkat, dan tidak lengkap dengan pancutan air atau bidet yang mudah digunakan. Dalam mencari tandas yang bersih, pengunjung perlu meluangkan masa mencari bahagian yang sesuai.

Lif

  • Lift di Aeon sangat memudahkan pengunjung, dengan ramai orang tua dan pengunjung yang membawa stroller boleh menikmati perkhidmatan lif yang bertambah baik. Terdapat juga penggunaan tangga elektrik untuk mengakses tingkat atas.
  • Vivacity pula kurang menyediakan lif secara mencukupi dan turut digunakan oleh ramai orang, termasuk para pelanggan muda-mudi dan pasangan. Sepatutnya, pihak pengurusan perlu memikirkan cara untuk memperbaiki tahap kemudahan ini.
Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang 'Family-Friendly'
Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang ‘Family-Friendly’

4. Makanan

  • Vivacity menawarkan pelbagai jenis makanan dari aras rendah hingga tingkat 3 yang memuaskan pengunjung.
  • Aeon pula kurang banyak pilihan, namun ia menyediakan hidangan yang sedap dan memuaskan. Pada masa depan, restoran baru akan dibuka di bahagian gsc.

5. Shopping Experience (Pengalaman membeli belah)

  • Vivacity mempunyai pelbagai jenama dan barangan untuk pelanggan memilih, menjadikan ia lebih menarik. Namun, ia jelas mengakibatkan pengunjung menjadi lebih letih memilih sebab terlalu banyak pilihan.
  • Aeon kurang menawarkan pilihan jenis barangan, namun ia menawarkan tempat duduk dan pengisian telefon bimbit yang banyak.
Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang 'Family-Friendly'
Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang ‘Family-Friendly’

6. Surau

  • Surau di Aeon Mall sangat selesa dan luas.
  • Vivacity mempunyai surau, namun ia agak sempit dan tidak dapat menampung banyak orang.

7. Untuk Usahawan

  • Kos sewa di Vivacity lebih mahal dan jika terdapat pembayaran lewat, interest akan dikenakan. Pihak pengurusan juga kurang aktif dalam membantu pengusaha menjalankan promosi.
  • Aeon lebih fleksibel dalam kos sewa dan pengurusan memberi banyak bantuan kepada pengusaha dalam menjalankan promosi.
Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang 'Family-Friendly'
Ramai Boleh Relate, Lelaki Ini Kongsi Pilihan Mall Di Kuching Yang ‘Family-Friendly’

Kesimpulannya, menurut pandangan kongsian tersebut, Aeon Mall Kuching merupakan pilihan yang lebih mudah terutamanya untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil, warga emas dan orang kurang upaya. Walaubagaimanapun, Vivacity adalah pilihan yang baik untuk menambah pengalaman membeli dengan pelbagai jenama dan makanan yang ditawarkan.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Kerajaan Negeri Cadang Borneo Samariang Water Park Dihidupkan Semula Buat Pengunjung
6 Muzium Di Sarawak Bakal Ditutup Esok Sempena Sambutan Hari Gawai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sangat Dihormati Dalam Masyarakat Bidayuh, Ketahui Apakah Peranan Penting 'Dayung Borih' Sangat Dihormati Dalam Masyarakat Bidayuh, Ketahui Apakah Peranan Penting ‘Dayung Borih’
Next Article Lelaki Dikecam Hisap Vape Dalam Panggung Wayang, Semua Panik Sebab Penggera Keselamatannya Berbunyi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?