• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Rangka Manusia Ditemukan Di Australia, Rupa-Rupanya Milik Mangsa Dari Sarawak

Oleh
Nazihah AN
6 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Rangka Manusia Ditemukan Di Australia, Rupa-Rupanya Milik Mangsa Dari Sarawak

Telah disahkan sebagai warga Sarawak oleh pihak Polis Diraja Malaysia

Rangka Manusia Ditemukan Di Australia, Rupa-Rupanya Milik Mangsa Dari Sarawak. Telah dilaporkan bahawa rangka manusia misteri yang ditemui di Bathurst, New South Wales, Australia pada Ahad lepas (3 April) telah disahkan sebagai warga Sarawak oleh pihak Polis Diraja Malaysia, yang dipercayai telah dibunuh lebih daripada setahun lepas.

Dipetik dari MStar, rangka mayat yang dipercayai milik ‘Jacky’ Chong Kai Wong ditemui kira-kira pada pukul 3.30 petang selepas memulakan penyiasatan pencarian di kawasan luar bandar Killongbutta.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengeluarkan kenyataan bahawa hasil semakan mendapati mangsa merupakan lelaki berusia 25 tahun, telah memasuki dan menetap di Sydney sejak 2016 dengan menggunakan visa pelancong.

Rangka Manusia Ditemukan Di Australia, Rupa-Rupanya Milik Mangsa Dari Sarawak
Rangka Manusia Ditemukan Di Australia, Rupa-Rupanya Milik Mangsa Dari Sarawak. Sumber gambar Police NSW

Rangka Manusia Ditemukan Di Australia, Rupa-Rupanya Milik Mangsa Dari Sarawak
Polis mengiringi salah seorang suspek yang didakwa membunuh Kai Wong (Sumber Police NSW). Rangka Manusia Ditemukan Di Australia, Rupa-Rupanya Milik Mangsa Dari Sarawak

Jelas beliau, Jacky dipercayai telah ditawarkan menjadi pekerja ladang oleh satu sindiket warga asing yang disyaki terlibat dengan sindiket dadah.

Dipetik dari NSW Police Public Site, menurut Komander Skuad Dadah dan Senjata Api, Detektif Superintendan John Watson, berkata bahawa pihak polis percaya Jacky telah terlibat dengan sindiket jenayah terancang apabila dia dibunuh dengan ganas.

“Kami tahu Jacky bekerja untuk perusahaan jenayah yang terlibat dalam penanaman ganja di NSW wilayah sekitar masa pembunuhannya yang didakwa,”
Det Supt Watson

Menurut kenyataan di NSW Police Public Site juga, pihak polis turut percaya bahawa Jacky telah ditahan dan dibunuh antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021 dan difahamkan bahawa Jacky sempat menghubungi ahli keluarganya di Malaysia melalui telefon pada Isnin, 28 Disember 2020.

“Siasatan masih diteruskan oleh pihak berkuasa Australia dan sebarang perkembangan siasatan akan dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut”
PDRM

PDRM turut menyeru semua pihak supaya mengelak daripada meneka bagi mengelak timbul kekeliruan dalam masyarakat mengenai kes tersebut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertengkaran Antara Pasangan Bertukar Tragedi, Anggota Tentera Maut Ditikam Isteri Di Kuching
Next Article Rangka Manusia Ditemui Di Australia, Mangsa Didapati Kerja Sebagai 'Penjaga' Ladang Ganja Rangka Manusia Ditemui Di Australia, Mangsa Didapati Kerja Sebagai ‘Penjaga’ Ladang Ganja

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?