• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Rating Destinasi Pelancongan Di Kuching Menurut Pelancong Brunei

Oleh
Nazihah AN
1 November 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
Ini Rating Destinasi Pelancongan Di Kuching Menurut Pelancong Brunei

11 Tempat Berbaloi untuk Dilawati Menurut Pelancong dari Brunei

Ini Rating Destinasi Pelancongan Di Kuching Menurut Pelancong Brunei. Seorang pelancong dari Brunei baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial dengan perkongsian ulasan jujurnya tentang destinasi-destinasi pelancongan di Kuching, Sarawak.

Melalui siri foto dan kapsyen ringkas di TikTok, pelancong ini memberikan rating bagi setiap lokasi yang dilawati, menarik lebih 4,800 tanda suka dan lebih 1,300 perkongsian.

Ini Rating Destinasi Pelancongan Di Kuching Menurut Pelancong Brunei
Sumber gambar: STB

Video yang dimuat naik dengan kapsyen ringkas “Jom holiday di Kuching” berjaya menarik perhatian netizen kerana gaya ulasannya yang santai namun informatif. Berikut adalah butiran lanjut tentang destinasi yang diulas dan rating yang diberikan.

1. India Street Pedestrian Mall – 7/10

Terletak di tengah bandar, India Street Pedestrian Mall menawarkan pelbagai gerai yang menjual pakaian, beg, dan aksesori lain. Walaupun menarik, pelancong ini memberi komen bahawa tidak banyak yang mencuri perhatian kerana kebanyakan produk adalah sejenis.

2. Main Bazaar – 9/10

Main Bazaar adalah destinasi wajib bagi penggemar cenderamata. Di sini, pelancong boleh mendapatkan pelbagai jenis barang seperti magnet, buku nota, dan t-shirt dengan harga berpatutan. Menurut pelancong ini, “HUGE glass is a helimbo so inda bepanas jua,” menggambarkan kawasan ini teduh dan sesuai untuk membeli-belah tanpa tergesa-gesa.

3. Carpenter Street – 8/10

Carpenter Street, terkenal dengan bangunan yang berwarna-warni dan reka bentuk tradisional Cina, mendapat rating tinggi kerana suasananya yang indah dan pelbagai kedai emas yang berderet di sepanjang jalan ini.

4. Cat Museum – 10/10

Buat pencinta kucing, Muzium Kucing adalah syurga! Tempat ini penuh dengan maklumat tentang kucing dan sejarahnya. Pelancong ini sangat teruja dengan jumlah informasi dan pameran menarik yang disediakan. Tiket masuk untuk pelawat bukan tempatan adalah RM10, namun ia dikatakan sangat berbaloi. Tambahan pula, harga keychain di sini juga sangat murah iaitu RM1.

5. Fort Margherita – 8/10

Walaupun pelancong ini tidak memasuki Fort Margherita, beliau mengagumi pemandangan dari kawasan tersebut. Namun, beliau mengingatkan bahawa akan ada banyak tangga untuk dilalui bagi sampai ke puncaknya.

6. Borneo Cultures Museum – 10000/10

Destinasi ini menjadi pilihan utama pelancong dengan rating tertinggi iaitu 10/10. Muzium ini menawarkan pengalaman interaktif dengan pelbagai pameran seni, permainan, dan sudut fotografi. Yuran masuk RM50 untuk dewasa bukan tempatan, tetapi ia dikatakan amat berbaloi dengan pengalaman yang ditawarkan.

7. Petrosains – 10/10

Terletak berhampiran dengan Borneo Cultures Museum, Petrosains adalah tempat yang sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk menggalakkan pembelajaran sambil bermain, dan yuran masuk adalah percuma.

8. Tasik Biru, Bau – 1000/10

Tasik Biru merupakan tempat yang sesuai untuk ‘healing’ dengan pemandangan tasik yang memukau. Menurut pelancong ini, tambang Grab dari bandar Kuching adalah sekitar RM57, namun suasana damai di tasik ini membuat perjalanan tersebut sangat berbaloi. Yuran masuk untuk jeti terapung ialah RM10.

9. Kek Lapis Warisan – 10/10

Tiada lawatan ke Sarawak yang lengkap tanpa mencuba kek lapis! Pelancong ini mencadangkan kedai Kek Lapis Warisan sebagai tempat terbaik untuk mendapatkan kek lapis Sarawak yang sedap, dan memberikan rating penuh kerana layanan mesra staf di kedai ini yang membantu pelanggan memilih kek terbaik.

10. CHAGEE, Taman Sahabat

CHAGEE di Taman Sahabat adalah tempat kegemaran pelancong ini untuk bersantai sambil mengambil gambar. Rekaan landskapnya yang cantik menjadikannya sesuai sebagai lokasi fotografi dan bersantai.

11. Cat Statue

Cat Statue atau Patung Kucing ikonik ini terletak di tengah-tengah bandar Kuching dan menjadi simbol bandar tersebut. Menurut pelancong Brunei ini, lokasi ini mesra pejalan kaki, jadi sesuai untuk berhenti sebentar mengambil gambar. Waktu terbaik untuk bergambar adalah pada waktu petang kerana cuaca tidak terlalu panas. Dengan latar belakang bangunan bandar dan rekaan patung kucing yang besar, tempat ini sememangnya menarik perhatian pengunjung yang ingin merakam kenangan di Kuching.

Secara keseluruhannya, pelancongan di Kuching mendapat ulasan positif daripada pelancong Brunei ini. Destinasi seperti Borneo Cultures Museum dan Petrosains menonjol sebagai tarikan utama yang tidak boleh dilepaskan, manakala pengalaman di Carpenter Street, Main Bazaar, dan India Street Pedestrian Mall pula menggambarkan keunikan suasana bandar Kuching yang penuh dengan budaya dan sejarah.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sahkan Rundingan Antara PETRONAS Dan PETROS Masih Berjalan Kerajaan Sarawak Sahkan Rundingan Antara PETRONAS Dan PETROS Masih Berjalan
Next Article [VIDEO] Boleh Terbakar, Individu Tunjuk Keunikan Buah Kerosene Di Sabah [VIDEO] Boleh Terbakar, Individu Tunjuk Keunikan Buah Kerosene Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?