• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Remaja Berusia 16 Tahun Ditahan Rancang Membuat Serangan Di Dua Masjid

Oleh
Husna Hazmi
28 Januari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Remaja berusia 16 tahun ini merupakan individu termuda pernah ditahan atas kes seperti ini oleh ISA.

Remaja Berusia 16 Tahun Ditahan Rancang Membuat Serangan Di Dua Masjid. Pihak Keselamatan Singapura telah menahan seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati telah merancang secara terperinci dan juga membuat persiapan bagi melakukan serangan pengganas terhadap dua buah masjid di republik tersebut.

Isi Isi Penting
  • Remaja berusia 16 tahun ini merupakan individu termuda pernah ditahan atas kes seperti ini oleh ISA.
  • Merancang untuk menyerang umat Islam menggunakan parang
  • Brenton Tarrant telah meragut nyawa 51 umat Islam
  • Menemui parang di Carousell
  • Remaja itu bertindak bersendirian

Remaja yang berusia 16 tahun ini merupakan seorang penganut agama Kristian dari mazhab Protestan berketurunan India adalah individu termuda pernah ditahan oleh ISA yang terpengaruh dengan ideologi pelampau sayan kanan.

Remaja Berusia 16 Tahun Ditahan Rancang Membuat Serangan Di Dua Masjid
Remaja Berusia 16 Tahun Ditahan Rancang Membuat Serangan Di Dua Masjid

Merancang untuk menyerang umat Islam menggunakan parang

Remaja ini merancang untuk menyerang umat Islam menggunakan parang di dua masjid di Singapura iaitu, Masjid Assyafaah dan Masjid Yusof Ishak pada 15 Mac 2021 ini bersamaan dengan ulang tahun kedua serangan Chritschurch di New Zealand.

Berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Rabu semalam, pelajar tingkatan empat itu menjadi radikal sendiri dengan didorong rasa benci terhadap Islam dan cenderung terhadap keganasan.

“Dia menonton video siaran langsung mengenai serangan New Zealand, oleh Brenton Tarrant pada 15 Mac 2019 lalu membaca manifesto penyerang itu”.

Remaja Berusia 16 Tahun Ditahan Rancang Membuat Serangan Di Dua Masjid
Brenton Tarrant

Brenton Tarrant telah meragut nyawa 51 umat Islam

Brenton Tarrant merupakan extremist yang telah meragut nyawa 51 umat Islam di Christchuch New Zealand 15 Mac 2019 yang lalu.

“Dia juga menonton video propaganda Islamic State in Iraq and Syria (ISIS) dan membuat membuat kesimpulan bahawa ISIS mewakili agama Islam dan Islam merupakan agama yang menyuruh penganutnya untuk membunuh orang yang bukan beragama Islam”.

Jelas ISD, rancangan yang teliti dan persediaan melakukan serangan oleh remaja 16 tahun itu dipengaruhi oleh tindakan dan juga manifesto Tarrant.

Remaja Berusia 16 Tahun Ditahan Rancang Membuat Serangan Di Dua Masjid
Kredit gambar: ISD

Menemui parang di Carousell

Pada masa penangkapan remaja tersebut, dia menemui parang di Carousell dan meletakkan barang tersebut di dalam senarai kegemarannya tetapi dia belum lagi membelinya.

Dia juga telah mebuat carian di Internet cara untuk membuat bom triacetone triperoxide (TATP), mebakar masjid menggunakan petrol dan kesemua rancangan tersebut adalah dituru daripada Tarant.

Bagaimana remaja ini boleh menjadi radikal begini? Menurut ISD remaja berusia 16 tahun ini tertarik dengan bahan yang ganas dan dia juga kerap mengunjungi laman web forum yang mengkhususkan diri dalam kekerasan atau keganasan

Menurut ISD, “Semasa siasatan dilakukan terhadap remaja ini, dia mengakui hanya dapat meramalkan dua hasil daripada rancangannya iaitu, ditangkap sebelum melakukan serangan atau melaksanakan rancangan dan kemudian dibunuh oleh polis”.

Remaja itu bertindak bersendirian

Berdasarkan siasatan ini juga ISD berkata, setakat ini menunjukkan bahawa remaja itu bertindak bersendirian.

“Tiada tanda menunjukkan dia cuba untuk mempengaruhi sesiapa mengenai fahaman ekstrem yang dipegangnya atau terbabit dalam rancangannya itu. Anggota keluarga dan kenalannya juga tidak menyedari rancangannya untuk melancarkan serangan mahupun rasa kebenciannya yang mendalam terhadap Islam,” kata ISD.

Di dalam kes ini, oleh kerana remaja ini hanya merancang tetapi belum lagi melakukan tindakannya itu, daia akan diberi bimbingan kaunseling untuk mengatasi kecenderungannya terhadap keganasan serta pengaruh radikal.

Dia akan menjalani program holistik yang terdiri daripada agama, psikologi dan juga sosial dan akan dibantu oleh seorang kaunselor Kristian yang akan membetulkan ideologi radikalnya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berikut Adalah 10 Kluster COVID-19 Yang Masih lagi Aktif Di Sarawak
Next Article TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 171 Kes Positif Baharu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?