• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Remaja Lari Dari SGH, Polis Di Kuching Yang Menahannya Diarah Jalani Saringan COVID-19

Oleh
ILB - AI
11 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Remaja Mengakui Melarikan Diri Dari SGH, Polis Di Kuching Yang Mengambilnya Menjalani Saringan COVID-19

Tindakan yang tidak bertanggungjawab

Remaja Lari Dari SGH, Polis Di Kuching Yang Menahannya Diarah Jalani Saringan COVID-19. Terkini dilaporkan anggota polis dari balai polis Gita Kuching dikehendaki untuk menjalani saringan Covid-19 akibat salah seorang remaja yang diambil dari tepi jalan mengakui melarikan diri dari Hospital Umum Sarawak.

Remaja Lari Dari SGH, Polis Di Kuching Yang Menahannya Diarah Jalani Saringan COVID-19

‘Dikutip’ dari tepi jalan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani, polis telah mengutip seorang remaja yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Taman Hussein, Petra Jaya sekitar jam 4.25 petang semalam. Beliau berkata pada ketika itu mereka tidak menyedari keadaan kesihatan remaja terbabit sehingga remaja itu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

“Semasa disoal, remaja itu mengakui bahawa dia telah melarikan diri dari SGH dan kemudian ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang kawan,” kata beliau.

Remaja itu dirujuk ke SGH pada 9 April dari Pusat Jantung Sarawak kerana mempunyai masalah pernafasan.

“Saya ingin tahu bagaimana dia dapat melarikan diri dari hospital. Kami juga tidak menerima laporan polis pesakit yang hilang,” kata beliau lagi.

Remaja itu kemudiannya dijemput oleh ambulans dari SGH untuk dimasukkan semula ke hospital. Sebagai langkah berjaga-jaga, balai polis Gita juga telah disinfeksi sepenuhnya.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article COVID-19 : Amerika Syarikat Menjadi Negara Pertama Yang Mencatatkan 2,000 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam COVID-19 : Amerika Syarikat jadi Negara Pertama Yang Catat 2,000 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam
Next Article COVID-19 : 7 Lagi Kes Positif Hari Ini, 334 Kes Keseluruhan Setakat Ini Di Sarawak COVID-19 : 7 Lagi Kes Positif Hari Ini, 334 Kes Keseluruhan Setakat Ini Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?