• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Remaja ‘Songlap’ Wang Nenek Bernilai RM64,000 Lalu ‘Derma’ Kepada Rakan Sekelas

Oleh
ILB - AI
24 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Jadi dermawan dan pencuri dalam satu masa

Remaja ‘Songlap’ Wang Nenek Bernilai RM64,000 Lalu ‘Derma’ Kepada Rakan Sekelas. Seorang remaja yang dikatakan pelajar sebuah sekolah menengah di Florida, Amerika Syarikat didapati memecah peti keselamatan milik neneknya dan mencuri wang simpanan berjumlah kira-kira AS$13,500 (RM63,957), lapor media.

Difahamkan pihak polis di Daerah Marion menerima beberapa laporan mengenai seorang pelajar mengedar wang kepada rakan sekelasnya dan mereka terus bergegas ke lokasi kejadian di Sekolah Menengah Lake Weir, Summerfield.

Pegawai sekolah membuat pemeriksaan ke atas beg pelajar berusia 14 tahun itu dan menjumpai sejumlah wang tunai bernilai AS$2,500 (RM11,847).

Remaja 'Songlap' Wang Nenek Bernilai RM64,000 Lalu 'Derma' Kepada Rakan Sekelas
Remaja ‘Songlap’ Wang Nenek Bernilai RM64,000 Lalu ‘Derma’ Kepada Rakan Sekelas

Pecah peti besi milik nenek

Pada awalnya, remaja perempuan berkenaan mendakwa dia menerima wang daripada seorang bekas pelajar lain yang memintanya membantu mengedarkan wang itu.

Kemudian, polis mendapati bahawa dia sebenarnya telah memecah peti keselamatan neneknya di rumah dan telah mencuri wang simpanan berjumlah kira-kira AS$13,500 (RM63,957).

Nenek remaja itu memberitahu wang itu hasil daripada jualan sebuah rumah miliknya, malah remaja itu turut mengaku dia memecah peti keselamatan itu hanya menggunakan pemutar skru dan pencungkil besi.

Gambar Hiasan

Bagaimanapun, remaja itu tidak memberitahu sebab dia mengambil duit itu dan memberikan pada rakan sekelasnya, namun mengaku mengedar wang di sekolah dan perhentian bas.

Remaja berusia 14 tahun itu kini berdepan dakwaan mencuri sejumlah wang yang besar.

Lagi cerita menarik di sini:

Sanggup Jual Tab Peranti Siswa Semata Untuk Beli Ipad, Pelajar Ini Dikecam Ramai
Potong Barisan, Jengkaut Dilihat Selamba Langgar Penghadang Di Bulatan Tabuan
SUMBER :NBCNews
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sanggup Jual Tab Peranti Siswa Semata Untuk Beli Ipad, Pelajar Ini Dikecam Ramai Sanggup Jual Tab Peranti Siswa Semata Untuk Beli Ipad, Pelajar Ini Dikecam Ramai
Next Article Setelah Tuk Tuk Dan Rotiboy, Bask Bear Coffee Juga Bakal Buka Cawangan Di Summer Mall Setelah Tuk Tuk Dan Rotiboy, Bask Bear Coffee Juga Bakal Buka Cawangan Di Summer Mall

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?