• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Remaja Trauma Cas Telefon Sepanjang Malam Sebelum Meletup

Oleh
ILB - AI
1 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Seorang kakak berkongsi kisah telefon adiknya meletup kerana cas telefon sewaktu tidur

Remaja Trauma Cas Telefon Sepanjang Malam Sebelum Meletup. Baru-baru ini, seorang individu memuat naik satu hantaran mengenai adiknya trauma mengecas telefon bimbit semasa tidur, malah takut untuk tidur di dalam bilik berkenaan kerana teringat apa yang berlaku.

Isi Isi Penting
  • Tidak sedar telefon bimbit meletup
  • Bersyukur dirinya selamat dalam kejadian meletup itu
  • Peringatakan untuk semua supaya jangan cas telefon masa tidur
  • Jenama Apple pernah beri amaran

Menerusi perkongsian individu itu di laman TikTok, dia menceritakan kisah adiknya yang terselamat dengan tragedi telefon bimbit meletup dalam kejadian pada awal pagi, semalam.

Remaja Trauma Cas Telefon Sepanjang Malam Sebelum Meletup
Sumber: tiktok

Tidak sedar telefon bimbit meletup

Menurut laporan, adik lelaki yang dikenali sebagai Irfan mamaklumkan bahawa dirinya tidak sedar telefon bimbitnya meletup kerana ia berlaku semasa dia sedang nyenyak tidur.

“Pada hari kejadian, saya mengecas telefon bimbit di atas katil manakala saya tidur di bawah,” ujarnya menerusi sumber.

“Saya memang tak sedar apa yang berlaku sehingga 5 pagi, itu pun selepas kakak kejutkan untuk bangun daripada tidur.

Remaja Trauma Cas Telefon Sepanjang Malam Sebelum Meletup
Sumber: tiktok

“Waktu itu, bilik sudah dipenuhi asap jadi saya pun segera keluar untuk selamatkan diri dan mengelak sesak nafas,” katanya lagi ketika dihubungi Harian Metro.

Bersyukur dirinya selamat dalam kejadian meletup itu

Sementara itu, Irfan turut menyatakan bahawa dia bersyukur kerana selamat daripada insiden tersebut dan tidak berlaku kebakaran besar terhadapnya, malah dipanjangkan umur.

“Alhamdulillah, Allah lindungi saya cuma apa yang berlaku itu akan beri pengajaran buat saya untuk tidak mengecas telefon bimbit ketika tidur atau bermain dengannya ketika proses pengecasan,” jelasnya yang juga sudah menggunakan telefon bimbit tersebut selama lebih dua tahun.

Peringatakan untuk semua supaya jangan cas telefon masa tidur

Dalam pada itu, kakak kepada Irfan meyatakan bahawa, niatnya berkongsi video tersebut di TikTok adalah untuk peringatan dan pengajaran buat semua orang supaya sentiasa berhati-hati mengecas telefon dan tentang bahayanya mengecas semasa tidur.

Remaja Trauma Cas Telefon Sepanjang Malam Sebelum Meletup
Sumber: tiktok

“Tak sangka boleh tular kerana saya kongsikan video itu supaya ramai lebih berhati-hati.

“Ia kerana insiden itu sudah berlaku kepada adik saya sendiri jadi tak nak ia terjadi kepada orang lain.

“Setakat ini, tiada yang kecam sebaliknya ramai kongsi ada tabiat sama (mengecas telefon ketika tidur) dan mahu mengubahnya (tabiat) demi kebaikan kerana bimbang berlaku kejadian tak diingini,” tambahnya lagi.

https://www.tiktok.com/@nurain.najiiha/video/7272122532176628994?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7212548324585489922

Jenama Apple pernah beri amaran

Untuk makluman, sebelum ini pengguna Apple juga diberi amaran untuk tidak mengecas telefon bimbit sewaktu tidur dalam keadaan yang rapat kerana akan membahayakan diri kita sendiri.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Apple Beri Amaran, Pengguna iPhone Perlu Elak Cas Telefon Masa Tidur
Padah Lupa Matikan ‘Charger’, Bayi Lapan Bulan Maut Lepas Kunyah Wayar Pengecas Telefon Bimbit
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suasana Sibuk Seperti Penang Dan Kuala Lumpur, Netizen Pertahan Kuching Dengan Keunikan Sendiri Suasana Sibuk Seperti Penang Dan Kuala Lumpur, Netizen Pertahan Kuching Dengan Keunikan Sendiri
Next Article Nanta Berhasrat Mahu Perkenalkan Mata Wang Sarawak Sendiri Nanta Berhasrat Mahu Perkenalkan Mata Wang Sarawak Sendiri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?