• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Rezeki Datang Melayang, Pengguna Jalan Raya Bantu Kutip ‘Duit Terbang’ Berjumlah RM 12K

Oleh
Aina Musa
27 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Rezeki Datang Melayang, Pengguna Jalan Raya Bantu Kutip 'Duit Terbang' Berjumlah RM 12K

Wang tunai berjumlah 100,000 baht bertaburan di atas jalan

Rezeki Datang Melayang, Pengguna Jalan Raya Bantu Kutip ‘Duit Terbang’ Berjumlah RM 12K. Berpuluh-puluh pemandu kereta dan penumpang mereka berhenti untuk membantu seorang wanita mengumpul wang tunai berjumlah 100,000 baht (RM12,498) yang bertaburan di atas jalan di Khon Kaen, wilayah Isaan, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Rezeki Datang Melayang, Pengguna Jalan Raya Bantu Kutip 'Duit Terbang' Berjumlah RM 12K
Rezeki Datang Melayang, Pengguna Jalan Raya Bantu Kutip ‘Duit Terbang’ Berjumlah RM 12K. Sumber: Kosmo

Berdasarkan rakaman video dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama Sutasinee Buachaban, sebilangan pemandu kereta meletakkan kenderaan di bahu jalan untuk mengutip wang tunai berjumlah 1,000 baht (RM124.98) di atas jalan.

Wangnya tertinggal tanpa sengaja

Wang itu ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang pekerja wanita tersebut tanpa sengaja.

“Terima kasih kepada semua mereka yang berhati mulia. Saya telah menghubungi polis dan mereka telah memulangkan wang kepada pemiliknya,” demikian menurut kenyataan Sutasinee.

@sutasineebuachaban

ขอบคุณพลเมืองดีทุกคนด้วยนะคะ ตอนนี้ประสานเจ้าหน้าที่และส่งคืนเจ้าของเรียบร้อยแล้วค่ะ #เงินหล่น #พลเมืองดี

♬ เสียงต้นฉบับ – Sutasinee Buachaban – พี่โบว์พลัสไซส์

Menurut wanita berkenaan, seorang pemandu lori secara tidak sengaja meletakkan wang tersebut pada tangga pintu kenderaannya.

Dia kemudian terlupa mengenai wang itu dan terus memandu sehingga menyebabkan wang tersebut berterbangan di atas jalan raya.

Sejumlah wangnya telah pun dipulangkan semula

Majikan pemandu tersebut, Supornthip Pakdee kemudian mendedahkan bahawa dia mengeluarkan wang berjumlah 100,000 baht (RM12,498) dari sebuah bank dan memberikan kepada pekerjanya untuk membeli sejumlah sayur akar ubi kayu.

Rezeki Datang Melayang, Pengguna Jalan Raya Bantu Kutip 'Duit Terbang' Berjumlah RM 12K
Sumber: Sutasinee Buachaban

Menurut Supornthip, dia mendapat semula sebilangan besar wang miliknya selepas orang ramai berjaya mengutip sebanyak 92,000 baht (RM11,498) di atas jalan.

Bagaimanapun, wang berjumlah 8,000 baht (RM999.84) lagi dilaporkan hilang.

Tambah wanita berkenaan, dia tidak menyalahkan pekerjanya, namun berasa kesal dengan kejadian itu.

Baca lagi artikel terkini:

‘Ingatkan Rumah Hantu’, Netizen Kecewa Lihat Kondisi Sebuah Stadium Di Sarawak Ini
Sesat Guna Waze, Remaja Tiada Lesen Terjumpa ‘Roadblock’ Dalam Perjalanan Pulang Ke Rumah
SUMBER :kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Ingatkan Rumah Hantu’, Netizen Kecewa Lihat Kondisi Sebuah Stadium Di Sarawak Ini
Next Article E-Hailing AirAsia Ride Kini Di Sarawak, Tawar Pendapatan Sehingga RM3,500 Sebulan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?