• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ribuan Langgar SOP Di Mahkamah Ibarat Meminta Kluster Baru COVID-19

Oleh
ILB - AI
28 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

COVID-19 ambil cuti ke hari ni? – Netizen

Ribuan Langgar SOP Di Mahkamah Ibarat Meminta Kluster Baru COVID-19. Bukan puluhan atau ratusan. Dijangkakan ribuan individu hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi menyatakan sokongan terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Razak.

Isi Isi Penting
  • COVID-19 ambil cuti ke hari ni? – Netizen
  • Menurut laporan dari Harian Metro, warganet risau kewujudan kluster najib selepas insiden pagi ini.
  • Penyokong OKU Datuk Seri Najib Razak curi tumpuan
  • Baca juga artikel berkaitan :

Namun begitu, apa yang membimbangkan adalah ribuan individu yang hadir itu dikatakan melanggar standard operating procedure atau SOP yang ditetapkan seperti penjarakan sosial dan penggunaan topeng muka dengan betul.

Gambar gambar yang tular menunjukkan ribuan berkumpul yang sanggup datang menaiki bas dan kemudiaannya mendaftar bagi mendapatkan bekalan makanan.

Anda boleh melihat gambar yang dikongsi oleh Pocket times di paparan di bawah :


Menurut ciapan dari wakil media antarabangsa, CNA iaitu Melissa Goh, beliau berkongsi video gambar sorakan bekas perdana menteri Malaysia tersebut dengan menyatakan tiada penjarakan sosial dan ramai juga tidak menggunakan pelitup muka.

67 yr old Najib Razak has arrived as supporters cheered . Many are kept outside Duta court complex as only those with valid passes are allowed in. Social distancing is non existence . Many aren’t even wearing masks 😷 #COVID19 pic.twitter.com/Vvex7331u7

— Melissa Goh (@MelGohCNA) July 28, 2020

Menurut laporan dari Harian Metro, warganet risau kewujudan kluster najib selepas insiden pagi ini.

Menurut laporan tersebut, kebimbangan mengenai wujud kluster Najib atau kluster Bossku disuarakan warganet berikutan gambar penyokong Najib yang berhimpun tanpa mempedulikan langkah-langkah kawalan penularan Covid-19.

Ada juga yang meminta polis mengambil tindakan kompaun kerana jelas menunjukkan ratusan penyokong bekas Perdana Menteri itu melanggar SOP.

Pihak Polis Diraja Malaysia telah mengambil tindakan seperti membuat pengumuman menggunakan pembesar suara kepada ratusan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menjaga jarak sosial selepas mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang Covid-19.

Pengumuman itu dibuat jam 11.08 pagi ini oleh anggota unit kereta peronda polis (MVP) supaya mereka yang berkumpul mematuhi jarak sosial.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, beliau dan anggotanya sebelum itu sudah mengarahkan mereka untuk menjaga jarak sosial namun masih ada yang tidak berbuat demikian.

Menurutnya, susulan itu, polis menggunakan pembesar suara membuat pengumuman supaya mereka yang berhimpun itu mematuhi SOP ditetapkan.

Penyokong OKU Datuk Seri Najib Razak curi tumpuan

Sementara itu, satu ciapan yang dikongsi di laman twitter sebentar tadi menunjukkan seorang warga emas berkerusi roda mengamuk diluar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan membabitkan Najib Razak di mahkamah hari ini.

Yakin @NajibRazak tak salah, penyokong OKU mengamuk di luar mahkamah

Seorang warga emas berkerusi roda mengamuk diluar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan membabitkan Najib Razak dimahkamah hari ini.

Video @msianinsight pic.twitter.com/LuxWKIpcwQ

— Nabihah Hamid (@nabihah_hamid) July 28, 2020

Menurut individu tersebut, SRC adalah pertubuhan yang untung membantu anak anak yatim dan ibu tunggal.

Untuk pengetahuan anda pula, SRC adalah sebuah anak syarikat milik 1MDB yang kini telah dialihkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Menurut laporan perniagaan yang dikemukakan, SRC merupakan syarikat yang melakukan perniagaan berkaitan tenaga seperti membekalkan arang dan sebagainya.

Sebentar tadi,  Datuk Seri Najib Bin Tun Razak hari ini didapati bersalah atas 7 pertuduhan berkaitan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Baca juga artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terkini: Najib Razak Didapati Bersalah Atas Kesemua Pertuduhan Salah Guna Kuasa Dan Pecah Amanah
Next Article Hanya Perlu Isi Satu Borang Sahaja Untuk Masuk Ke Sarawak Mulai 29 Julai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?