• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Riwayat Chang’e Dan Hou Yi, Dan Mengapa Perayaan Kuih Bulan Diraikan

Oleh
ILB - AI
29 September 2020
Kongsi
7 Min Bacaan
Riwayat Chang'e Dan Hou Yi, Dan Mengapa Perayaan Kuih Bulan Diraikan

Mid-Autumn Festival (Perayaan Kuih Bulan) adalah salah satu daripada empat festival Cina yang paling penting

Riwayat Chang’e Dan Hou Yi, Dan Mengapa Perayaan Kuih Bulan Diraikan. Perayaan Kuih Bulan merupakan antara salah satu daripada empat festival Cina yang terpenting – tiga lagi perayaan penting dalam masyarakat Cina ialah Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung, dan Perayaan Qingming.

Isi Isi Penting
  • Mid-Autumn Festival (Perayaan Kuih Bulan) adalah salah satu daripada empat festival Cina yang paling penting
  • Versi paling popular – Riwayat Chang’e dan Hou Yi
  • Menyambut kemenangan menumpaskan penjajah Mongol
  • Perayaan yang simbolik tetapi membawa keluarga bersama

Diadakan pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar lunisolar Cina dengan bulan purnama pada waktu malam, ia juga bersamaan dengan pertengahan September hingga awal Oktober kalendar Gregorian. Pada tarikh ini, masyarakat Cina percaya bahawa bulan berada pada ukuran paling terang dan penuh, bertepatan dengan waktu menuai pada pertengahan musim luruh. Untuk tahun 2020, ia akan jatuh pada tarikh 1 Oktober.

Tahukah anda mengapa perayaan ini disambut oleh masyarakat Cina? Selain menyambut bulan purnama, asal-usul perayaan ini juga mempunyai hubungan dengan kekalahan penjajah Mongol yang menjajah China berabad-abad yang lalu.

Riwayat Chang'e Dan Hou Yi, Dan Mengapa Perayaan Kuih Bulan Diraikan
Riwayat Chang’e Dan Hou Yi, Dan Mengapa Perayaan Kuih Bulan Diraikan

Versi paling popular – Riwayat Chang’e dan Hou Yi

Jika anda Google Mid-Autumn Festival, kemungkinan besar anda akan terlihat gambar yang memaparkan seorang wanita di bulan. Wanita tersebut ialah Chang’e, dewa bulan dalam kepercayaan masyarakat Cina. Tak seperti dewa bulan di budaya-budaya lain yang mempersonifikasi bulan, Chang’e merupakan penghuni bulan.

Dewa Bulan dalam masyarakat Cina, Chang’e. Kredit: Learn Religions

Terdapat pelbagai versi tentang mengapa perayaan kuih bulan diraikan, tetapi versi ini adalah versi paling popular di kalangan masyarakat Cina.

Pada suatu masa dahulu, terdapat 10 matahari di langit. Matahari-matahari itu merentung semua tanaman di atas muka bumi dan memandulkan penduduk bumi.

Pada satu hari, seorang pemanah iaitu Hou Yi bertindak dengan menjatuhkan sembilan matahari tetapi membiarkan satu untuk manfaat manusia. Atas sebab jasanya yang menyelamatkan manusia dari kebuluran, Hou Yi dijadikan wira rakyat.

Illustrasi Hou Yi sebagai pemanah. Kredit: reddit

Maharaja dewa mengurniakan sebiji ubat hidup abadi kepada Hou Yi sebagai ganjaran dan menggesa Hou Yi untuk minum ubat tersebut. Namun, Hou Yi enggan menelan ubat tersebut kerana menyayangi isterinya iaitu Chang’e dan tidak mahu meninggalkan Chang’e berseorangan di bumi. Oleh itu, Hou Yi menyerahkan ubat tersebut kepada isterinya untuk disimpan di tempat yang selamat.

Illustrasi Hou Yi dan Chang’e bersama Arnab Jed.

Hou Yi kemudian menjadi popular atas jasanya dan ramai orang hendak menjadi anak murid dia. Kebanyakan daripada mereka diterima Hou Yi dan salah satu anak murid tersebut ialah Peng.

Apabila mengetahui tentang ubat hidup abadi itu, Peng bertekad untuk mencuri ubat tersebut untuk kegunaan sendiri.

Pada satu hari, Hou Yi dan anak-anak muridnya pergi ke kawasan gunung kecuali Peng yang berpura-pura sakit. Setelah memastikan Hou Yi sudah beredar dari rumah, Peng pergi ke rumah Hou Yi dan memaksa Chang’e untuk menyerahkan ubat itu kepadanya. Menyedari bahawa dia tak dapat melawan Peng dan tidak mempunyai pilihan lain, Chang’e memutuskan untuk menelan ubat itu.

Setelah menelan ubat itu, Chang’e lalu terbang jauh dari bumi. Kerana tidak sanggup meninggalkan suami tersayang, Chang’e memilih Bulan sebagai tempat dia berehat serta dapat lebih dekat lagi dengan si suami. Sejak itu, dia menetap di bulan agar dia sentiasa dekat dengan Hou Yi yang ketinggalan di bumi.

Sejak itu, Chang’e menjadi penghuni di Bulan dan dijadikan dewa. Kredit: The Epoch Times

Apabila mendengar berita bahawa isterinya sudah tiada di bumi, Hou Yi berasa sebak dan sedih kerana sudah kehilangan isterinya tersayang. Dia kembali ke rumah dan mengalihkan sebuah meja di bawah bulan dan menghidangkan makanan atas meja itu dengan harapan bahawa isterinya akan kembali ke bumi. Hou Yi juga menemui bayang-bayang wanita seiras Chang’e pada bulan dan sejak itu, dia sentiasa memanggilkan isterinya agar dia akan kembali kepadanya.

Sejak itu, orang ramai yang menyambutkan perayaan ini akan menghidangkan pelbagai jenis makanan untuk menyembah bulan.

Kredit: Best Price Vietnam

Menyambut kemenangan menumpaskan penjajah Mongol

Sebuah lagi kisah mengapa perayaan ini diraikan adalah untuk menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi – 1341 Masihi). Dinasti Yuan merupakan kali pertama dalam sejarah negara China dimana negara itu dijajah dan diperintah oleh pemerintah warga asing atau bukan warga Cina.

Kublai Khan dan maharaja Dinasti Yuan lain. Kublai Khan merupakan cucu kepada penjajah Mongol ternama, Genghis Khan. Kredit: Facts and Details

Menurut sebuah kisah rakyat terkenal, perayaan ini disambut untuk memperingati pemberontakan warga China menentang kerajaan Dinasti Yuan berbangsa Mongol pada abad ke-14.

Kisah ini tidak terbukti oleh catatan sejarah. Disebaliknya, ia adalah kisah yang diturunkan secara lisan. Ia mengisahkan bagaimana warga China pada masa itu mengalami kesukaran untuk merancang pemberontakan kerana larangan terhadap perhimpunan.

Liu Bowen, dari wilayah Zheijang, penasihat kepada pemberontak Zhu Yuanzhang, mendapatkan idea untuk menggunakan kuih bulan sebagai medium pesanan kepada rakyat China apabila menyedari bangsa Mongol tidak makan kuih itu.

Menurut rancangan, pemberontakan akan dibuat sempena Perayaan Kuih Bulan dan Liu Bowen mendapatkan izin untuk mengedarkan beribu-ribu biji kuih bulan kepada rakyat untuk ‘memohon restu semoga maharaja Mongol panjang umur’.

Tanpa pengetahuan pemerintah Mongol, setiap kuih dimasukkan sekeping kertas yang bertulis, “Hapuskan Mongol pada 15 hari bulan 8 (八月十五殺韃子)”

Pada malam perayaan, para pemberontak berjaya menyerang dan menumpaskan pemerintahan Mongol, disusuli penubuhan Dinasti Ming (1368 – 1644) di bawah pimpinan Maharaja Zhu.

Sekeping kertas yang mempunyai mesej tersirat diletakkan dalam kuih bulan sebagai pesanan kepada warga kota.

Semenjak itu, perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan dengan hidangan kuih bulan.

Perayaan yang simbolik tetapi membawa keluarga bersama

Kini, perayaan ini dijadikan kesempatan untuk perjumpaan di luar rumah antara rakan dan saudara untuk makan kuih bulan dan menonton bulan, simbol keharmonian dan perpaduan.

Adakah anda berbangsa Cina? Kongsikan kenangan terindah anda sekeluarga menyambut perayaan ini di ruang komen dan jangan lupa share artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Langgar Kereta Belakang Semasa Undur, Pemandu Wanita Kereta Mengundur Ditemui Mati
Next Article Tukar Portfolio Lepas Beberapa Jam Angkat Sumpah, Berikut Senarai Baru Kabinet Tertinggi Sabah 2020

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?