• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis

Oleh
Husna Hazmi
12 Oktober 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Seorang pelajar tingkatan empat adalah salah seorang daripada lima yang ditahan atas tuduhan merogol kanak-kanak 12 tahun.

Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis. Lima individu termasuk seorang pelajar tingkatan empat ditahan semalam kerana telah disyaki merogol kanak-kanak tahun enam pada 29 September lepas.

Isi Isi Penting
  • Seorang pelajar tingkatan empat adalah salah seorang daripada lima yang ditahan atas tuduhan merogol kanak-kanak 12 tahun.
  • Kelima-lima suspek telah ditahan
  • Salah seorang suspek merupakan seorang yang dikenali oleh mangsa
  • kejadian terbongkar kerana ibu mangsa menyedari perubahan sikap anaknya
Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis
Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis

Kelima-lima suspek telah ditahan

Ketua Polis Daerah Dungun Terengganu Supt Baharuddin Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan adalah berusia 16 hingga 23 tahun. Kelima-lima suspek telah ditahan kira-kira pukul 5 hingga 6.30 pagi semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada malam sebelumnya.

Pada kejadian 29 September lepas, kira-kira pukul 9 malam, mangsa yang sedang menunggang motosikal berseorangan untuk mengambil ibunya yang berniaga di pasar malam, tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal yang menyuruh mangsa untuk memberhentikan motosikalnya.

Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis

Salah seorang suspek merupakan seorang yang dikenali oleh mangsa

Salah seorang suspek merupakan seorang yang dikenali oleh mangsa kemudiannya menunggang motosikal milik mangsa dan membawa mangsa bersamanya ke sebuah ladang kelapa sawit sebelum merogol mangsa bersama empat rakannya yang lain, menurut Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharuddin Abdullah.

Supt Baharuddin Abdullah juga turut berkata salah seorang suspek juga turut merampas telefon bimbit mangsa supaya mangsa tidak boleh meminta sebarang bantuan.

Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis

kejadian terbongkar kerana ibu mangsa menyedari perubahan sikap anaknya

Menurut beliau, kejadian tersebut kemudiannya terbongkar kerana ibu mangsa menyedari perubahan sikap anaknya yang menjadi murung, sebelum mangsa menceritakan kejadian malang tersebut dan dibawa ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

Kelima-lima suspek direman seminggu bermula hari ini dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan.

Lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article GEMPAR : Ketua Menteri Sabah Yang Baharu Disahkan Positif COVID-19
Next Article Syarikat Penerbangan Malindo Air Rancang Pemberhentian Pekerja, 2,200 Kakitangan Terkesan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?