• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Roti Kegemaran Orang Sibu, Ini Resepi Mudah Roti Kompia Gebu Dan Lembut Yang Patut Anda Cuba

Oleh
Nazihah AN
13 Januari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Roti Kompia yang digemari orang Sibu

Roti Kegemaran Orang Sibu, Ini Resepi Mudah Roti Kompia Gebu Dan Lembut Yang Patut Anda Cuba. Siapa orang Sibu di sini? Dengar-dengar Roti Kompia ni memang roti favourite orang Sibu, kalau tak kenal roti kompia, bukan orang Sibu lah tu hahaha. Roti ni memang digemari ramai bahkan satu Sarawak pun suka dengan roti ni, wow! Sebut je pasal roti ni, haihh teringin pulak nak jadikan hidangan minum petang ni.

Oleh itu, untuk artikel kami pada hari ini, kami akan kongsikan kepada anda resepi roti kompia manis yang mudah, lembut dan gebu untuk anda yang duduk di rumah.

Bahan-bahan

  • 500 gram tepung high protein (tepung gandum)
  • 40 gram susu tepung
  • 30 gram butter/ marjerin
  • 120 gram gula
  • 10 gram shortening
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur (dipukul)
  • 200 gram air (kalau diuli guna tangan elok guna air suam, kalau diuli guna mesin boleh guna air dingin dari icebox)
  • 2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar water roux (cara buat water roux: 50 gram tepung gandum dan 250 ml air dikacau atas api yang perlahan sehingga pekat dan likat. Sejukkan, dan bakinya boleh tahan sehingga seminggu di dalam icebox)
    • kalau tak nak guna water roux, boleh guna bread improver dan bread softener, 1 sudu teh masing-masing (ikut suka)

Cara-cara membuatnya:

1. Campurkan tepung, susu tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan masukkan yis. Kacau sehingga sebati.

Roti Kegemaran Orang Sibu, Ini Adalah Resepi Mudah Roti Kompia Gebu Dan Lembut Yang Patut Anda Cuba
Sumber: Cookpad Dapur Yusfarisyia

2. Pecahkan telur dan pukul sedikit (pecahkan telur kuning). Kemudian campurkan telur ke dalam air. Untuk adunan tepung tersebut, buat lubang di tengah-tengah kemudian curahkan adunan telur tersebut. Dan masukkan water roux, kacau menggunakan senduk hingga sebati. Sesudah anda satukan semua bahan dan menjadi likat, barulah anda masukkan marjerin, uli hingga sebati.

Roti Kegemaran Orang Sibu, Ini Adalah Resepi Mudah Roti Kompia Gebu Dan Lembut Yang Patut Anda Cuba
Roti Kegemaran Orang Sibu, Ini Adalah Resepi Mudah Roti Kompia Gebu Dan Lembut Yang Patut Anda Cuba

3. Bahan terakhir yang anda perlu masukkan ialah shortening. Uli sekali lagi sehingga doh tidak melekat di tangan. Tutup dan biarkan selama 10 minit. Bahagikan doh dan timbang 30 gram setiap satu.

Roti Kegemaran Orang Sibu, Ini Adalah Resepi Mudah Roti Kompia Gebu Dan Lembut Yang Patut Anda Cuba

4. Doh tersebut dibulat-bulatkan dan leperkan guna rolling pin. Biarkan sejam. Sementara menunggu doh mengembang, panaskan oven suhu 165 darjah celcius selama 15 minit. Sesudah kembang, cucukkan chopstick di tengah doh tersebut.

Roti Kegemaran Orang Sibu, Ini Adalah Resepi Mudah Roti Kompia Gebu Dan Lembut Yang Patut Anda Cuba

5. Bakar roti tersebut selama 15 minit (bergantung kepada oven masing-masing)

Roti Kegemaran Orang Sibu, Ini Adalah Resepi Mudah Roti Kompia Gebu Dan Lembut Yang Patut Anda Cuba

6. Sejukkan dahulu roti di atas redai besi. Apabila sejuk boleh la disimpan ke dalam bekas kedap udara. Sangatlah sesuai untuk dihidangkan semasa sarapan dan minum petang bersama keluarga tersayang!

Roti Kegemaran Orang Sibu, Ini Adalah Resepi Mudah Roti Kompia Gebu Dan Lembut Yang Patut Anda Cuba
Roti Kegemaran Orang Sibu, Ini Adalah Resepi Mudah Roti Kompia Gebu Dan Lembut Yang Patut Anda Cuba

Bagi orang Kuching yang teringin nak cuba merasai kenikmatan roti Kompia ini, jangan risau! Di Matang, bertentangan dengan Syiok Seafood restoran terdapat satu kedai yang menjual roti Kompia Sibu yang autentik! Boleh lihat pautan di bawah ini untuk melihat kedai tersebut:

Baca juga artikel yang berkaitan dengan resepi:

Gebu Dan Lazat, Ini Resepi Mudah Kek Cheese 3 Bahan Untuk Anda Cuba
Tak Perlu Guna Oven, Wanita Ini Kongsi Resepi Biskut Raya Premium Guna 4 Bahan Sahaja
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article The Reef, Restoran Seafood Yang Cosy Di Kuching The Reef, Restoran Seafood Yang Cosy Di Kuching
Next Article Penerbangan ‘Direct’ AirAsia Dari Kota Kinabalu Ke Jakarta Akan Dibuka Semula

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?