• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Individu Luah Kesal Rugi Ratusan Ribu Dalam Pelaburan Vending Machine Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
30 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Individu Luah Kesal Rugi Ratusan Ribu Dalam Pelaburan Vending Machine Di Sarawak

Mangsa Scam Vending Machine Luah Kesal

Individu Luah Kesal Rugi Ratusan Ribu Dalam Pelaburan Vending Machine Di Sarawak. Baru-baru ini, satu kisah tular di media sosial apabila seorang individu Iban meluahkan kekecewaannya selepas mengalami kerugian besar akibat pelaburan dalam sebuah perniagaan vending machine.

Individu tersebut berkongsi bahawa dia telah kehilangan ratusan ribu ringgit dan terpaksa bertahan selama enam bulan tanpa sebarang pulangan yang dijanjikan.

Individu Luah Kesal Rugi Ratusan Ribu Dalam Pelaburan Vending Machine Di Sarawak

Menyimpan Harapan Tinggi, Tetapi Dikhianati

Menurut perkongsian beliau, syarikat tersebut menjanjikan seperti:

  1. Keuntungan bulanan yang dijamin selama 36 bulan.
  2. Perkongsian keuntungan sebanyak 65% daripada jualan.

Namun, janji tersebut tidak ditepati. Individu ini tidak pernah menerima sebarang keuntungan daripada perkongsian jualan. Pada bulan ke-14, syarikat berkenaan menghentikan pembayaran keuntungan, sekali gus melanggar kontrak yang masih berbaki 22 bulan. Ini menyebabkan beliau kehilangan keuntungan bulanan yang berjumlah ratusan ribu ringgit.

Beliau turut mendedahkan bahawa wang pelabur yang sepatutnya digunakan untuk membeli dan menguruskan vending machine sebenarnya tidak digunakan seperti yang dijanjikan. Dalam laporan jualan, hanya satu mesin yang mempunyai rekod, tetapi kini mesin tersebut tidak berfungsi kerana sewa tapak tidak dibayar dan bahan jualan tidak disediakan.

Digunakan Sebagai Alat Pemasaran

Selain menjadi pelabur, individu ini juga dijadikan bahan pemasaran oleh syarikat tersebut. Testimoni beliau sering digunakan untuk menarik lebih ramai pelabur tanpa sebarang bayaran komisen diberikan. Situasi ini menambah lagi luka di hati apabila menyedari dirinya dieksploitasi.

Individu ini menyatakan bahawa dia mempercayai syarikat tersebut kerana latar belakangnya yang kelihatan profesional. Dengan kehadiran perjanjian sah dari peguam, pengiktirafan dari LHDN, dan sokongan golongan korporat, perniagaan ini kelihatan sahih dan menjanjikan keuntungan. Namun, realitinya berbeza sama sekali.

“Apa yang saya belajar kali ini, jika sesuatu kelihatan terlalu mudah, pasti ada yang tidak kena,” katanya.

Panggilan Untuk Tanggungjawab

Sebagai seorang yang sentiasa menyokong perniagaan bangsa sendiri, beliau merasa kecewa kerana dikhianati oleh syarikat yang sepatutnya membantu, bukan memudaratkan. Beliau juga bersuara bagi pihak masyarakat Iban lain yang turut menjadi mangsa. Ada yang sanggup menggunakan duit pencen dan membuat pinjaman maksimum untuk menyertai pelaburan ini.

Akibat kerugian besar ini, individu tersebut kini terpaksa bekerja keras melakukan dua hingga tiga pekerjaan untuk menampung kehidupan. Walaupun pahit, dia cuba untuk bangkit dan percaya bahawa rezeki mereka yang teraniaya akan diluaskan Tuhan.

“Dunia dan akhirat, saya tidak halalkan sesen pun duit saya sehingga bayaran diselesaikan,” tegasnya.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Scammer Refund Duit Lepas Wanita Ini Transfer 1 Sen Sebanyak 20 Kali Scammer Refund Duit Lepas Wanita Ini Transfer 1 Sen Sebanyak 20 Kali
Next Article Bukan Myvi, Kini Axia Pula Buat Hal Dalam Sampan Di Marudi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?