• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rumah Panjang Di Sebauh Bintulu Hangus Dijilat Api

Oleh
Farisha
24 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Rumah panjang musnah terbakar, 11 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Rumah Panjang Di Sebauh Bintulu Hangus Dijilat Api. Malam tadi menjadi detik hitam buat 11 keluarga di Rumah Panjang Tuai Rumah Beji Utek apabila kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran.

Insiden ini telah meninggalkan mereka sehelai sepinggang dan memaksa mereka berteduh sementara di rumah saudara terdekat.

Rumah Panjang Di Sebauh Bintulu Hangus Dijilat Api
Rumah Panjang Di Sebauh Bintulu Hangus Dijilat Api. Sumber foto: Metro TV Malaysia

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, struktur tradisional rumah panjang kaum Iban yang diperbuat daripada bahan tidak kekal itu hangus dijilat api dalam masa singkat.

“BBP Bintulu menerima panggilan kecemasan pada jam 10.58 malam. Syukurlah, semua penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Cabaran Pasukan Penyelamat

Operasi menyelamat tidak semudah disangka. Pasukan bomba bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya dapat bergerak ke lokasi pada awal pagi ini disebabkan faktor keselamatan. Laluan ke rumah panjang tersebut memerlukan mereka melalui jalan kayu balak dan ladang sawit yang mengambil masa tiga jam dari Bintulu.

“Keadaan jalan yang gelap dan licin pada waktu malam terlalu berisiko untuk dilalui,” jelas jurucakap itu lagi.

Dengan cabaran seperti ini, usaha memadam kebakaran dan memberi bantuan segera menjadi lebih mencabar.

Mangsa Berlindung Sementara

Kini, semua keluarga yang terjejas berteduh sementara di rumah saudara terdekat sambil menunggu bantuan susulan. Dalam keadaan serba kekurangan, mereka berharap agar bantuan segera dapat dihulurkan untuk membina semula kehidupan.

Kejadian ini sekali lagi menekankan kepentingan langkah keselamatan dan infrastruktur yang lebih baik di kawasan pedalaman. Sama-sama kita hulurkan tangan kepada mereka yang memerlukan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes-kes kebakaran yang berlaku di Sarawak:

VIDEO: Rumah Panjang Long Nyirok Di Tinjar Baram Musnah Dalam Kebakaran
Tragedi Gawai, Kebakaran Musnahkan Rumah Panjang Ugop Umpin Di Bintulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dedah Salah Laku Bekas CEO, Agensi Perlombongan Sabah Fail Saman Terhadap Dua Individu Dedah Salah Laku Bekas CEO, Agensi Perlombongan Sabah Fail Saman Terhadap Dua Individu
Next Article Peluang Untuk Pemohon Layak, Program Pendaftaran Khas SKAS Di Dewan Suarah Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?